05 August, 2024

Day 2 - BookXcess Sunway JB

 

Day 2 - BookXcess Sunway JB | Perut dah kenyang makan dekat warong Tokyah tadi, moh ler kita berjalan ke BookXcess pula. BookXcess ni dekat mana-mana pun dah ada sekarang, dekat Cyberjaya pun nieyl dah pernah masuk cuma kali ini saja nak masuk yang jauh sikit pula. BookXcess ni dia terletak dalam Mall cuma Mall dia ni tak macam Mall kita dekat KL tu yang sentiasa penuh dengan orang. First time nieyl pergi Mall ni memang terkejut jugalah sebab tak ramai orang dan boleh bilang dengan jari berapa orang yang kita nampak. Tapi siti ada je Watsons, Gym , Pasaraya semua tu. 

Dah masuk tu haruslah kita pusing-pusing dalam tu, susunan buku-buku dia sama sahaja macam BookXcess yang lain, Kebanyakkan buku dalam sini semuanya bahasa English lah. Dan buku-buku ke komit tu semuanya berbalut ya korang tak boleh pun nak buka baca, nak sila beli hehehe..

Sedar diri lah nieyl oi awok tu rendah, nak juga ambil buku yang tinggi-tinggi tu aduhai..tapi kan macam mana orang nak ambil buku yang paling tinggi tu eh..ke perhiasaan je buku tu hahaha

Nieyl suka tengok rak buku dia berlampu oren tu kan, nampak style sangatkan. Nampak cantik dan kemas je. 

Ini pandangan dari atas, dekat area bawah tu banyak disediakan tempat duduk kalau parents yang nak tunggu anak-anak memilih buku ke kan. Terlalu banyak buku yang ada dekat bookXcess ni. 

Di tengah-tengah tu ada sebuah piano, sesiapa sahaja boleh main. Biasa tengok budak-budak main-main situ, tak ada pula yang pandai main nak main masa nieyl dekat situ kalau tak boleh tumpang healing sekejap kan..So, kalau korang nak berOOTD pun sini sesuai je nak ambil gambar ke nak buat trens tiktok ke, sebab nieyl pun ada buat dekat sini juga hari tu line clear hahaha...

Box Retail Park, F-01 First Floor,
Sunway Big, Persiaran Medini 5,
79250 Iskandar Puteri, Johor

6 comments:

  1. Selalu tertanya2 macam mana nak ambil buku tinggi2 tu kan. Hihi. Tak pernah masuk bookXcess ni.

    ReplyDelete
  2. Okey, Kak SA x pernah masuk lagi Book Access...kena masuk nanti ni...

    ReplyDelete
  3. Seronok tengok tempat banyak2 buku mcm nie

    ReplyDelete
  4. cantiks... kak ayu pun x pernah gi lagi book access ni

    ReplyDelete
  5. Saya pun bingung macam mana nak lihat buku2 di atas yaa 🤣🤣. Tak ada tangga yg bisa digeser juga macam yg saya lihat di beberapa negara lain.

    Kalo dah ke toko buku seperti ini, saya bisa betah, mencari buku2 buat bacaan di rumah 😄

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)