19 August, 2024

Beli kasut lagi..

 

Beli kasut lagi | Minggu lepas nieyl jumpa kawan opis nieyl dekat tempat dia aras 3. Sempatlah mengadu pasal tumit sakit ni, sebab dia ada pengalaman tumit dia sakit sampai ke Fisio. Nieyl pun takut kena macam dia yang ada tumbuh tulang tu, dia pun ajar la macam mana nak hilangkan sakit tumit tu macam yang dia buat fisio tu. Lepas tu dia  suruh nieyl tukar kasut kepada tapak yang lebih lembut. Dia bagi try kasut yang dia tengah pakai tu, nieyl pun try la sebab tak sakit langsung tumit tu. Terus je nieyl minta dia share link dan niey terus je beli.. Semalam baru sampai...

Ok ini kasutnya, tapak dia lembut dan kasut ni pun jenis getah je tapi pagi ni nieyl pakai pergi kerja sangat selesa. Legalah nieyl sebabnya esok nieyl ada rehearsel dekat Hotel untuk seminar 21-22 Ogos ni. Lepas tu hari kejadian mesti sibuk berdiri kan, mesti sakit tumit kaki ni, jadi dah ada kasut lembut ni harap dapat membantu nieyl.

Sakit tumit ni betul-betul menggangu ruti seharian nieyl, sebab itulah nieyl tak boleh biarkan lama-lama nieyl kena cari solution. Nieyl beli kasut ni dekat shopee, murah je kalau korang nak beli juga, nieyl share dekat bawah ni okay..













10 comments:

  1. Mcm linda juga nie.. Kadang sakit.. Kadang tak... Tak tahu lah nak cakap mcm mana... Nak kena g refer doktor jugK nie

    ReplyDelete
  2. kalau sakit tumit kena cari kasut yang tapak foam tu, baru sedap sikit. BTW, Dah pergi klinik cek tumit?

    ReplyDelete
  3. Kaki kecik2 senang nak cari size...

    ReplyDelete
  4. Kak SA pakai kasut sarung macma ni je..senang..high heel letak bawah meja..pakai bila nak pi level lain je..

    ReplyDelete
  5. Cie sejenis mudah sakit kaki jugak kalau pakai kasut. Kena cari yang betul2 sesuai baru boleh beli. Memang tak boleh la beli online.

    ReplyDelete
  6. Kak Yang sy pernah kena..Mmg sakit sgt dia cakap. Sy mmg dr dulu kalo pakai kasut kena add on insole shoes tu baru rase selesa. Ape pun kasut yg nieyl baru beli tu cantik =D

    ReplyDelete
  7. Kawan saya kena cari tapak yang empuk sebab selalu berdiri. Tambahan pula kat hujung tumit ada tulang yang terlebih tumbuhnya (Heel Spur). Kalau berdiri memang sakit. Tapinya kawan akak memang berdiri lama sebab dia lecturer UITM.

    ReplyDelete
  8. Memang kalo ada masalah tumit, tak bisa pakai sepatu sembarangan . Kdg kalo dah parah, hrs sepatu dengan sole khusus kak. Sayangnya brand yg memang fokus ke masalah tumit ini msh belum banyak, dan harga lumayan mahal 😅. Mama saya pakai soalnya.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)