Beli kasut lagi..
by
Nieyla Nadia
on
August 19, 2024
Beli kasut lagi | Minggu lepas nieyl jumpa kawan opis nieyl dekat tempat dia aras 3. Sempatlah mengadu pasal tumit sakit ni, sebab dia ada pengalaman tumit dia sakit sampai ke Fisio. Nieyl pun takut kena macam dia yang ada tumbuh tulang tu, dia pun ajar la macam mana nak hilangkan sakit tumit tu macam yang dia buat fisio tu. Lepas tu dia suruh nieyl tukar kasut kepada tapak yang lebih lembut. Dia bagi try kasut yang dia tengah pakai tu, nieyl pun try la sebab tak sakit langsung tumit tu. Terus je nieyl minta dia share link dan niey terus je beli.. Semalam baru sampai...
Ok ini kasutnya, tapak dia lembut dan kasut ni pun jenis getah je tapi pagi ni nieyl pakai pergi kerja sangat selesa. Legalah nieyl sebabnya esok nieyl ada rehearsel dekat Hotel untuk seminar 21-22 Ogos ni. Lepas tu hari kejadian mesti sibuk berdiri kan, mesti sakit tumit kaki ni, jadi dah ada kasut lembut ni harap dapat membantu nieyl.
Sakit tumit ni betul-betul menggangu ruti seharian nieyl, sebab itulah nieyl tak boleh biarkan lama-lama nieyl kena cari solution. Nieyl beli kasut ni dekat shopee, murah je kalau korang nak beli juga, nieyl share dekat bawah ni okay..





.jpeg)
.jpeg)