02 July, 2024

Singgah Makan di Food Court Alamanda

 

Singgah Makan di Food Court Alamanda | Hari sabtu hari tu abg nieyl ajak teman dia beli barang dekat Alamanda sebabnya wife dia tengah berpantang, jadi nieyl pun temankan jela dia beli barang-barang yang kakak ipar nieyl kirim tu. Tak tahulah kenapa dia nak beli dekat Aeon Big tu sebab bila nieyl tengok harga dia hahaha boleh tahan ya, kalau nieyl lebih baik nieyl beli dekat Speedmart ke sebab harga dia lebih murah. Tapi tak apalah bukan duit nieyl pun yang keluar hahaha, 

Tapi bestnya dan syoknya teman abg nieyl ni, nieyl boleh ambil apa je yang nieyl nak hehehe. Tapi nieyl tak adalah over sangat nak ambil, rasanya nieyl ambil dalam 3 barang. 1 cendawan tiram paket besar, cream cheese dan roti. Sebab nieyl teringin nak makan roti dengan cream cheese tu tapi malam tu husband yang makan hehehe..dia suka pula, nieyl tak sempat lagi nak rasa..senan sedap makan dengan roti bakar kata orang. Nantilah kalau ada masa nanti nieyl try, nanti nieyl review sodap ke idak..

Sebelum balik tu singgah Food Court order bolognese pizza dan Kuey Teow Goreng.  Nieyl makan pizza dengan Raisya dan abg nieyl makan Kuey Teow dia kata biasa je sebab lapar, habis la sepinggan.. Pizza nieyl tu sedap, cheese tarik..panas-panas makan sedap. 


Sekarang ni nieyl tengah sibuk uruskan hal-hal family day nieyl insyaÁllah bulan 9 nanti. Dah tertangguh sebab covid aritu kan..jadi, tahun ni insyaÁllah kalau diizinkan..Nanti nieyl update sikit-sikit dalam group. 

6 comments:

  1. Lama tak p food court alamanda nie.. 10tahun dulu.. Pernah kerja dekat situ.. Hihihi

    ReplyDelete
  2. Nieyl, kak ana suka kuewtiau garing-garing macam tu... :)

    ReplyDelete
  3. semoga murah rezeki abg nielnys tu belanja niel... ameennnnnn

    ReplyDelete
  4. Fuhh sedap tue ..semoga dipermudahkan urusan family gathering

    ReplyDelete
  5. Lama akak x pi alamanda...boleh la ajak Nia photoshoot sini nanti

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)