16 July, 2024

Nieyl dapat Gift dari Tanah Suci

 

Nieyl dapat Gift dari Tanah Suci | One of my kakak dekat pejabat bulan 5 hari tu dapat rezeki panggilan ke Tanah Suci mengerjakan ibadah haji. Masa sebelum berangkat tu dia ada buat majlis doa selamat sikit dan nieyl pun berkesempatan hadir sama dan dia ada sedia satu buku nota doa untuk dibacakan di sana. 

Nieyl tak lepaskan peluang untuk menulis setiap doa-doa yang nieyl nak dibacakan di sana. Walaupun belum ada rezeki lagi nak ke sana tak apa lah, kita sampaikan melalui orang lain dulu. Antara doa yang nieyl kirimkan adalah kesejahteraan mak ayah nieyl, suami, adik beradik dan nieyl juga kirimkan doa supaya Allah kurniakan nieyl zuriat yang soleh dan solehah satu hari nanti...

Sekarang kakak tu dah pun balik, dan dah mulakan kerja minggu ni. Dan dia berikan nieyl sejadah  yang ada tulis nama nieyl dalam bahasa jawi. So sweet ...Alhamdulillahh...sebab nieyl memang teringin nak beli sejadah yang boleh tulis nama nieyl...rezeki kan..

Semoga satu hari nanti kita semua yang membaca entry nieyl ni, diberikan kesempatan dan rezeki menjejakkan kaki ke tanah suci InsyaÁllah...Aminnnn

6 comments:

  1. alhamdulillah...rezeki nieyl...
    baik akak tu, siapkan buku nota sekali, semoga murah rezeki dia selalu..aamin

    semoga doa-doa nieyl juga dimakbulkan, semoga kita semua diberi peluang menjejakkan kaki ke tanah Haram..Aamin..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.
    PH pun baru up entry dapat sejadah juga dari jiran balik haji ☺️
    Mudah-mudahan Allah makbulkan segala DOA dan hajat kita hendaknya aamin 🤲

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah rezeki..Best tu =D

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah
    Rejeki dapat gift dari tanah suci

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah...dpt buah tangan dr tanah suci...
    cantik

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)