Urusan Hotel Pun Dah Settel | Yang mana follow blog nieyl mesti dah tahu kan nieyl nak pergi JB minggu depan. Entry ni nieyl dah cerita yang nieyl dah settel beli tiket flight dan kenapa nieyl pilih untuk naik flight. Untuk entry hari ini nieyl nak update yang urusan hotel sepanjang berada di JB pun Alhamdulillah dah selesai kita buat booking. Itupun nieyl cari yang betul-betul dekat untuk nieyl dan kawan2 mudah untuk bergerak sepanjang dekat sana nanti..
Kalau tengok calender hari ini, ada lagi 9 hari sebelum nieyl pergi bercuti dengan afika dan syida. Tiket flight dan hotel dah settel, so minggu ni plan nieyl nak settelkan itinerary 3 hari 2 malam di JB pula. Ha..selalunya kalau bab itinerary memang nieyl yang akan buat, sebelum confirm..nieyl akan tunjuk dulu dekat dieorang, kalau-kalau ada tempat-tempat yang dieorang nak pergi dan kita boleh bincang adjust masa. Nampak je 3 hari 2 malam kan, tapi sebenarnya masa untuk berjalan dalam 1 hari setengah sahaja. Hari ke -3 flight balik KLIA awal. Sebab isnin tu nieyl kerja, tak nak ambil cuti sebab jumaat dah ambil cuti hehehe..nanti bulan 9 nak ambil cuti lagi.
Sambil-sambil nak buat itinerary ni, nieyl tengah fikir juga outfit yang nak pakai dekat sana. Kalau boleh pakaian pun nak bawa seminimum yang boleh. Kalau ikut kiraan nieyl tu, dalam 3 baju jalan, 2 baju tidur..so, total 5 pasang je..cukup la kan..
Oklah nanti nieyl akan update lagi tentang percutian singkat nieyl dengan kawan-kawan dkt JB okay.
Kalau naka jalan jauh memang suka buat plan dulu. Selamat bercuti ke Johor u all
ReplyDeleteselamat bercuti. cukup dah tu sebab biasanya kita jalan sampai malam. terus mandi pakai baju tidur. tak perlu bawa baju jalan 2 pasang untuk satu hari
ReplyDeleteSelamat Bercuti. Moga boleh cipta memori yang indah sahaja ya.....
ReplyDeletewah...selamat bercuti!!!
ReplyDelete