Showing posts with label Travel. Show all posts
Showing posts with label Travel. Show all posts

26 July, 2024

Today is The Dayyyy

by on July 26, 2024


Setelah sebulan buat perancangan, akhirnya hari ini sudah tiba....
InsyaÁllah pukul10.20 nieyl akan fly ke JB untuk jumpa Afika dan jalan-jalan dekat sana..
selama 2 hari, korang doakan nieyl selamat pergi dan balik okay..
Nanti nieyl share tempat-tempat yang nieyl pergi okay...

Jumpa Hari Isnin nanti okay...
InsyaÁllah...

 

17 July, 2024

Urusan Hotel Pun Dah Settel

by on July 17, 2024

 

Urusan Hotel Pun Dah Settel | Yang mana follow blog nieyl mesti dah tahu kan nieyl nak pergi JB minggu depan. Entry ni  nieyl dah cerita yang nieyl dah settel beli tiket flight dan kenapa nieyl pilih untuk naik flight. Untuk entry hari ini nieyl nak update yang urusan hotel sepanjang berada di JB pun Alhamdulillah dah selesai kita buat booking. Itupun nieyl cari yang betul-betul dekat untuk nieyl dan kawan2 mudah untuk bergerak sepanjang dekat sana nanti..

Kalau tengok calender hari ini, ada lagi 9 hari sebelum nieyl pergi bercuti dengan afika dan syida. Tiket flight dan hotel dah settel, so minggu ni plan nieyl nak settelkan itinerary 3 hari 2 malam di JB pula. Ha..selalunya kalau bab itinerary memang nieyl yang akan buat, sebelum confirm..nieyl akan tunjuk dulu dekat dieorang, kalau-kalau ada tempat-tempat yang dieorang nak pergi dan kita boleh bincang adjust masa. Nampak je 3 hari 2 malam kan, tapi sebenarnya masa untuk  berjalan dalam 1 hari setengah sahaja. Hari ke -3 flight balik KLIA awal. Sebab isnin tu nieyl kerja, tak nak ambil cuti sebab jumaat dah ambil cuti hehehe..nanti bulan 9 nak ambil cuti lagi.

Sambil-sambil nak buat itinerary ni, nieyl tengah fikir juga outfit yang nak pakai dekat sana. Kalau boleh pakaian pun nak bawa seminimum yang boleh. Kalau ikut kiraan nieyl tu, dalam 3 baju jalan, 2 baju tidur..so, total 5 pasang je..cukup la kan..

Oklah nanti nieyl akan update lagi tentang percutian singkat nieyl dengan kawan-kawan dkt JB okay. 



01 July, 2024

Akhirnya Dah beli Dah

by on July 01, 2024

 

Akhirnya Dah beli Dah | Lebih kurang 2 minggu , nieyl dengan syida survey ticket flight untuk ke JB. Pagi tadi sambil breakfast, sekali lagi tengok harga ticket pagi tadi seorang RM85.72 pergi dan balik. Bajet kitaorang pun dalam Rm100 untuk ticket, tapi pagi tadi tu Alhamdulillah dapat yang under bajet. So, duit lebih tu boleh tambah-tambah untuk booking hotel bulan 7 nanti. 

Nieyl dengan Syida pilih untuk naik flight sebab pertama tak nak buang masa atas jalan raya, lepas tu kebetulan harga ticket tu lebih murah kos nya berbanding kos drive dari KL ke JB tu. Kitaorang akan pergi hari Jumaat pagi dan balik Ahad pagi juga. So, lebih kurang 1 hari setengah ada untuk jalan-jalan cari makan dekat JB..Excited sebabnya first time nieyl nak ke JB ni macam syida sebelum ni dia pernah sampai Batu Pahat dan Muar. Area JB dia pun tak pernah sampai lagi dia kata..

So, untuk flight Alhamdulillah dah settel. Bulan 7 nanti kita akan settelkan hotel pula. Cuma nieyl dah cakap dah dengan syida dan afika. Nieyl nak hotel bajet je, tak perlu nak mahal-mahal sebab kita memang tak duduk dalam hotel pun, just untuk tidur malam sahaja, jadi kita akan spend duit ke Makan dan jalan-jalan je. Nanti bila dah settel hotel, nieyl share bajet hotel yang nieyl dapat dengan korang. 

Dalam pada masa yang sama, kiteorang dah ada beberapa tempat yang nak pergi cuma belum betul-betul confirm lagi, yang itupun nanti nieyl akan share juga dengan korang planning sepanjang dekat sana. Nieyl suka travel tapi cara nieyl sebelum pergi kena ada perancangan ataupun kena ada itinerary sepanjang berada di sana, sebab nieyl jenis tak suka bila dah sampai baru nak fikir nak pergi mana dulu. So, afika dan syida ni memang dah tahu dah perangai even adik-adik ipar nieyl pun kalau kiteorang planning nak bercuti, diaorang akan cakap "maklong siapkan itinerary" jadi dieorang akan follow , ha..macam tu barulah cuti yang berbaloi, tak buang masa..

Dan satu lagi, kalau pergi travel dengan nieyl korang tidak dibenarkan membazir ya hahaha..never ever terutama untuk hotel, tiket-tiket bas ke, kereta api , flight ke..sebab kalau kita bijak kita memang boleh berjimat. Jadi afika dengan syida ni diaorang memang dah tahu dah..Nieyl lebih suka lebihkan duit dekat makanan..tapi dekat makanan pun biasanya kitaorang bertiga ni akan beli sorang 1 makanan yang berbeza dan sharing rasa-rasa sebab banyak tempat makan yang kitaorang plan nak pergi. Jadi , 3 minggu ni misi nieyl nak cari duit pergi holiday hehehe..wish me luck..


26 February, 2019

Dark Mansion 3D Glow In The Dark Museum, Penang

by on February 26, 2019
Dark Mansion 3D Glow In The Dark Museum, Penang | Cuti minggu Tahun Baru Cina baru-baru ni nieyl bersama adik beradik belah husband pergi bercuti di Kedah dan Penang. Kebetulan nak pergi ke rumah baru adik ipar nieyl dekat Sungai Petani..3 Hari 2 malam nieyl dekat sana.. Sebelum pergi ke sana memang dah listkan nak pergi mana 3 hari tu. Supaya 3 hari tu terisi dengan aktiviti.

Untuk hari pertama nieyl pergi ke Dark Mansion 3D di Penang. Untuk perjalanan pergi tu sahaja lalu jambatan Pulau Pinang , balik tu baru naik feri sebab adam dia kata nak naik feri.  Alhamdulillah perjalanan tak jem , kereta pun tak berapa banyak sangat time kiteorang keluar tu..


Kalau pergi ke Pulau Pinang wajib snap gambar jambatan ni sebab ianya salah satu mercu tanda Pulau Pinang. Nak sampai sini,beberapa tahun sekali je, itupun sebab rumah adik ipar dekat sana kalau tak, tak tahu bila akan sampai sana lagi...tapi insyaÁllah selagi dia duduk sana..akan pergi lagi nanti..sebab ada beberapa tempat yang kiteorg tak sempat nak pergi lagi..sebab kekangan masa. 


Terus terang nak bagitahu, kalau nak pergi tempat-tempat macam ni korang kena sabar sikit sebab parking memang susah dan korang kena jalan kaki untuk ke tempat tu. Sebelum ni nieyl pernah pergi upside down museum juga area situ juga. 


Kalau korang guna waze ataupun google maps, dia tak akan bawa korang betul-betul depan museum tu tau. Better korang cari parking dulu lepastu jalan kaki. Bangunan dia lot-lot kedai lama macam tu. 

Harga Tiket Masuk

Untuk harga tiket korang boleh beli secara walk in masa sampai dekat museum tu ataupun korang boleh beli online melalui website https://darkmansionpenang.com/ atau diskaun KLIK SINI


Bila masuk sahaja memang gelap gelita, pekerja museum tu suruh main water color ikut kita lah nak letak dekat mana pipi ke muka ke misai ke kuku ke.. Contoh macam nieyl warna kan kuku je, lepas tu duduk di bawah sinaran lampu LED nampak la warna kuku tu terserlah dalam gelap..cantik x..magic..

Dalam Museum ni ada 5 thema yang wajib korang singgah bergambar tau..serius memang cantik, korang jangan risau sebab pekerja museum tu akan tolong korang snap gambar yang cantik-cantik..
  • Fairytale Land
  • Fire & Water - tribute to darwin
  • Tropital Pandora -The Forbidden Land
  • Infinity Room
  • New Atlantis - The underwater world










Sebelum keluar bergambar kenangan bersama keluarga tercinta sebagai tanda kita dah sampai muzium ni. Gambar ni juga pihak muzium print sekeping besar untuk kami bawa pulang sebagai tanda kenangan tapi ada bayaran dikenakan juga.. 

So, kalau korang ada plan cuti sekolah bulan 3 ni nak ke Penang tu boleh la singgah sini juga anak-anak pasti teruja sama. 


BUSINESS HOURS
 Open Daily (including Public Holidays)
 10am - 630pm

Dark Mansion 3D Glow In The Dark Museum, Penang

145 Kimberley Street, 10100 George Town, Penang 
 +604 251 9694 
 info@darmansionpenang.com

05 December, 2016

#MyTravelokaEscapade : Sabah Menjadi Tempat Impian Anniversary Tahun Depan

by on December 05, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Sabah Menjadi Tempat Impian Anniversary Tahun Depan | Ketika bujang dulu pernah sekali jejakkan kaki di bumi kota kinabalu,sabah. Itupun rasanya dah lebih 6 tahun yang lalu.Wah!lamanya.. So tahun depan merupakan tahun ke-5 anniversary antara plan atau impian yang nak dicapai digapaikan adalah bawa En.Husband tersayang pergi bercuti di KK,Sabah...InsyaÁllah.. Harap-harap traveloka dapat merealisasikan impian ini sebagai hadiah paling best 2017.

Apa itu traveloka?

Traveloka adalah sebuah laman web yang menyediakan kemudahan untuk menempah tiket flight beserta dengan hotel dalam satu masa. jadi, kita tidak perlu lagi untuk buat 2 perkara berasingan. Dengan adanya traveloka ini semua tempahan tiket penerbangan dan hotel dapat dibuat dengan cepat dan pantas tanpa memerlukan masa yang lama untuk menguruskannya dan yang paling penting adalah ianya JIMAT MASA dan boleh dipercayai. 


Selain dari itu, traveloka sentiasa menawarkan promosi harga tiket dan hotel yang boleh dinikmati oleh semua penguna laman web traveloka. Jadi, korang juga boleh merancang percutian bersama keluarga tercinta dengan penjimatan yang sangat berbaloi dari traveloka. 


Kepada yang ada smartphone, korang juga boleh download traveloka app di Google Play Store atau App Store sekarang untuk lebih mudah dan pantas.

ataupun korang boleh layari laman rasmi traveloka iaitu www.traveloka.com.my ataupun korang boleh hashtag #MyTravelokaEscapade untuk memudahkan carian.

Okay,dah faham kan apa itu traveloka..sekarang ini nieyl nak share kepada Sabah menjadi tempat pilihan nieyl bukannya London, Korea atau Bali. 


Sebab Sabah Jadi Pilihan

Cuti-Cuti Malaysia
🌹Banyak lagi negeri-negeri dalam Malaysia ni yang boleh sempat nieyl jejakkan kaki, so..sebelum nak pergi ke luar negara tu,nak habiskan pusing satu Malaysia dulu..baru fair kan...


Pulau Sapi, Mamutik , Pulau Manukan

🌹3 Pulau yang terletak bersebelahan ini menjadi satu destinasi percutian kepada pelancong,sekiranya mereka melawat Kota Kinabalu. Kalau tak silap nieyl nak ke 3 pulau ni pun tidak lah susah sebab jeti bot betul-betul di bandar KK. Biasanya aktiviti yang selalu nieyl tengok dieorang buat snorkeling, berkelah dan main sukan air.Teringin nak snorkeling dengan En.Husband walaupun hakikatnya nieyl sangat takut snorkeling.


Pasar Filipina
🌹Kalau dah berada di KK, pasar yang paling popular dikalangan pelancong luar dan dalam adalah pasar filipina. Dekat pasar itu ada banyak sangat gerai antaranya menjual kraftangan, cenderahati seperti mutiara,hiasan dalam, keychain, aksesori wanita dan juga ada gerai jual produk laut kering seperti ikan masin. Dan yang bestnya kalau pergi waktu makan, gerai makanan laut memang banyak, murah dan segar-segar. Eee..nak shopping dekat sana lagi...please traveloka...


Pantai Tanjung Ara
🌹Kalau diberi peluang, nieyl memang nak habiskan masa bersama En.Husband bersantai di tepi pantai sambil melihat keindahan sunset di waktu senja..Wah!so romantik kan..sambil minum air kepala fresh..angin sepoi-sepoi..wah!so,dengar kata Pantai Tanjung Ara yang paling sesuai..

Monsopiad Cultural Village
🌹Sebelum ni nieyl memang teringin sangat nak belajar budaya,adat kaum-kaum sabah nie,masa nieyl pergi KK dulu,tak tahu pun ada rupanya tempat yang kita sebagai pelancong boleh melihat dan merasainya sendiri. Dekat itu juga ada menyediakan kemudahan asas dan aktiviti seperti menyumpiy, melihat tarian, belajar cara hidup orang pedalaman. wah!teruja laaa...



Siapa nak menang FREE TRIP di tempat yang korang idamkan?Ha..nak kan?kan?so..jom join bersama nieyl JOIN CONTEST TRAVELOKA , hadiah yang di tawarkan tersangat menarik. jangan lepaskan peluang korang okay!
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png