Dark Mansion 3D Glow In The Dark Museum, Penang | Cuti minggu Tahun Baru Cina baru-baru ni nieyl bersama adik beradik belah husband pergi bercuti di Kedah dan Penang. Kebetulan nak pergi ke rumah baru adik ipar nieyl dekat Sungai Petani..3 Hari 2 malam nieyl dekat sana.. Sebelum pergi ke sana memang dah listkan nak pergi mana 3 hari tu. Supaya 3 hari tu terisi dengan aktiviti.
Untuk hari pertama nieyl pergi ke Dark Mansion 3D di Penang. Untuk perjalanan pergi tu sahaja lalu jambatan Pulau Pinang , balik tu baru naik feri sebab adam dia kata nak naik feri. Alhamdulillah perjalanan tak jem , kereta pun tak berapa banyak sangat time kiteorang keluar tu..
Kalau pergi ke Pulau Pinang wajib snap gambar jambatan ni sebab ianya salah satu mercu tanda Pulau Pinang. Nak sampai sini,beberapa tahun sekali je, itupun sebab rumah adik ipar dekat sana kalau tak, tak tahu bila akan sampai sana lagi...tapi insyaÁllah selagi dia duduk sana..akan pergi lagi nanti..sebab ada beberapa tempat yang kiteorg tak sempat nak pergi lagi..sebab kekangan masa.
Terus terang nak bagitahu, kalau nak pergi tempat-tempat macam ni korang kena sabar sikit sebab parking memang susah dan korang kena jalan kaki untuk ke tempat tu. Sebelum ni nieyl pernah pergi upside down museum juga area situ juga.
Kalau korang guna waze ataupun google maps, dia tak akan bawa korang betul-betul depan museum tu tau. Better korang cari parking dulu lepastu jalan kaki. Bangunan dia lot-lot kedai lama macam tu.
Harga Tiket Masuk
Untuk harga tiket korang boleh beli secara walk in masa sampai dekat museum tu ataupun korang boleh beli online melalui website https://darkmansionpenang.com/ atau diskaun KLIK SINI
Bila masuk sahaja memang gelap gelita, pekerja museum tu suruh main water color ikut kita lah nak letak dekat mana pipi ke muka ke misai ke kuku ke.. Contoh macam nieyl warna kan kuku je, lepas tu duduk di bawah sinaran lampu LED nampak la warna kuku tu terserlah dalam gelap..cantik x..magic..
Dalam Museum ni ada 5 thema yang wajib korang singgah bergambar tau..serius memang cantik, korang jangan risau sebab pekerja museum tu akan tolong korang snap gambar yang cantik-cantik..
- Fairytale Land
- Fire & Water - tribute to darwin
- Tropital Pandora -The Forbidden Land
- Infinity Room
- New Atlantis - The underwater world
Sebelum keluar bergambar kenangan bersama keluarga tercinta sebagai tanda kita dah sampai muzium ni. Gambar ni juga pihak muzium print sekeping besar untuk kami bawa pulang sebagai tanda kenangan tapi ada bayaran dikenakan juga..
So, kalau korang ada plan cuti sekolah bulan 3 ni nak ke Penang tu boleh la singgah sini juga anak-anak pasti teruja sama.
BUSINESS HOURS
Open Daily (including Public Holidays)
10am - 630pm
Dark Mansion 3D Glow In The Dark Museum, Penang
Open Daily (including Public Holidays)
10am - 630pm
Dark Mansion 3D Glow In The Dark Museum, Penang
145 Kimberley Street, 10100 George Town, Penang
+604 251 9694
info@darmansionpenang.com
bestnya..nak g jgk..:)
ReplyDeletecantiknya, nak masuk dalam list lah
ReplyDeleteaaaabestnya! banyak lagi tempat tak pergi kat penang ni, nak kena repeat la hujung tahun ni
ReplyDeleteCantik rupanya kat dalam tu. Aritu tak singgah pun.
ReplyDeletememang cantik rare gile tempat nih
ReplyDeletepergh!! Cantiknya muzium dia..
ReplyDelete