27 February, 2019

Projek Rintis Pelaksanaan Waktu Bekerja Fleksi

Tinggal berapa hari sahaja lagi waktu bekerja di kementerian dan jabatan persekutuan akan berubah kepada waktu yang fleksi. Tiada lagi WP1,WP2,WP3 dan WP4. Boleh punch card kehadiran pada bila-bila masa di antara 7.30 - 8.30 pagi. Kalau lebih 8.30 pagi dikira lewat. Waktu rehat masih lagi sama 1 -2 petang. 


Nieyl terlibat juga untuk projek Rintis ni, pada nieyl yang biasa masuk WP1 Jam 7.30 pagi rasa macam biasa je, tak ada perbezaan pun sebab pukul 7 pagi nieyl tetap akan keluar dari rumah untuk hantar anak buah pergi sekolah dulu kemudiaan baru pergi pejabat. Kalau sampai pejabat pun dalam pukul 7.20 pagi.. Tapi kalau projek rintis ni , walaupun nieyl sampai pejabat 7.20 pagi dia tetap akan kira 7.30 pagi. 

Rasanya yang mana hantar anak ke sekolah pagi, akan rasa sama je pergerakan pagi untuk ke pejabat tetap kena pergi awal sebab anak masuk sekolah 7.30 pagi..😁 dan lagi satu, kalau lambat pergi kerja, tak dapat parking, silap-silap kena block kereta orang lain..hihihi

2 comments:

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)