14 February, 2019

Mak kena Warded

Hari khamis yang lepas, pukul10 pagi dapat whatsapp yang mengatakan mak nieyl sesak nafas, nieyl terus minta keluar dengan bos untuk bawa mak pergi hospital. Bila sampai rumah, mak dah cool sikit dia kemas-kemas pakaian untuk dibawa ke hospital takut kena warded. 

Sampai hospital terus pergi check saringan dan ecg. First result ecg mak tak berapa cantik dan doctor minta buat sekali lagi ecg. Kali ke-2 buat pun masih tak cantik graf dan tekanan darah tinggi sikit time tu. Lepas dari tu doctor minta nurse bawa mak ke line kuning..Jadi, mak rehat dia situ dulu dalam beberapa jam sementara tu nieyl tunggu dekat luar, kejap-kejap masuk tengok mak.. Time tu tengah tunggu katil ward kardio kosong, baru mak nieyl boleh naik ward..



Lama juga la sbb nieyl sampai hospital dalam pukul11 pagi, jumpa doctor semua lepas tu tunggu katil lagi dalam pukul8.15 malam baru mak dapat katil. So, uruskan dulu mak mandi, solat semua..baru la nieyl balik ke rumah. Nasib baiklah time tu yang teman nieyl adik ngan kakak tiri nieyl. Ward kardio ni kalau pesakit tak kritikal, dia memang tak kasi orang jaga. Mak nieyl Alhamdulillah boleh bangun, solat sendiri tanpa bantuan..


Bila nurse dah pakaikan gelang tag ni, dah agak dah memang mak kena warded. Mak pula asyik kata tak kena tahan la..mak bukan teruk pun..sebenarnya mak nieyl tak nak duduk hospital, kalau boleh dia nak balik . Tapi tak boleh sebab doctor nak pantau jantung mak nieyl, sebab doctor suspek jantung dan nak buat angio untuk comfirm kan..


Gambar atas ni time ni rasa lega sangat sebab dah lama kami tunggu mak dapat katil,akhirnya penantian berakhir, dan mak pun selesa nak tidur dan solat. 


Hari jumaat nieyl terpaksa kerja tapi jumaat malam tu nieyl pergi KL tidur rumah kakak nieyl 4 hari untuk teman mak di hospital, waktu melawat...Hari selasa nieyl naik kerja, kakak nieyl call cakap mak boleh keluar hospital dulu rehat dekat rumah dalam 5 hari, nanti hari isnin check in hospital semula untuk buat angio pada hari selasa. 

Moga Allah permudahkan semua urusan nieyl sekeluarga dan mak kembali sihat seperti sediakala..Amin...

6 comments:

  1. Semoga cepat sembuh mak Nieyl. Elok juga duduk hospital, bagi dia rehat dan ada doktor memantau.

    ReplyDelete
  2. Semoga Mak terus sihat, kena rehat betul2 jangan bagi dia buat kerja sangat...semoga dipermudahkan buat mak..

    ReplyDelete
  3. Moga emaknya kembali sihat ya..
    Dan dipermudahkan semuanya ...

    ReplyDelete
  4. da ok dah mak nieyl?
    moga ok lah ye.
    kena jaga pemakanan.

    sabtu lepas, mak mertua adik aida meninggal dunia :(
    2 mlm masuk ward. asal-usul sesak nafas, nieyl.

    ReplyDelete
  5. Semoga Mak Nieyl kembali sihat.. Aamiin..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)