Walaupun berbeza agama, ikatan kekuargaan antara dua keluarga ini sentiasa kuat. Setiap kali tiba hari perayaan tidak kira Hari Raya Aidilfitri ataupun Tahun Baru Cina kami akan saling ke rumah masing-masing bagi meraikannya. Mak nieyl keturunan Cina, masuk islam ketika kecil , rumah-rumah yang nieyl pergi setiap tahun baru cina ni merupakan rumah sepupu kepada mak. Setiap tahun memang wajib pergi. Begitu juga kalau hari raya, mereka juga akan datang ke rumah nieyl untuk beraya.
Kebiasaanya pakcik-pakcik nieyl yang cina tu akan sediakan nasi lemak berlauk untuk dijamu kiteorang. Tapi jangan risau, mereka tahu halal haram, dieorang akan order nasi lemak dari orang melayu . Makanan yang dihidangkan semuanya kuih-kuih orang melayu, kacang-kacang, limau dan air kotak.
Ini sebahagian sahaja yang join sambut tahun baru cina. InsyaÁllah tahun -tahun akan datang bertambaj-tambah lagi yang join bersama. Kunjung mengunjung ini bagus kenalkan anak-anak kecil kepada keluarga cina mak yang lain. Selain keluarga nieyl, keluarga abg kepada mak nieyl pun akan datang beraya bersama anak-anaknya.
Pose bersama ampaw setiap tahun wajib okay.
bestnya ada keluarga campur2 macam ni..:)
ReplyDeleteBest bila ada keluarga campur macam nie.. Saling meraikan..
ReplyDelete