05 December, 2016

#MyTravelokaEscapade : Sabah Menjadi Tempat Impian Anniversary Tahun Depan

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Sabah Menjadi Tempat Impian Anniversary Tahun Depan | Ketika bujang dulu pernah sekali jejakkan kaki di bumi kota kinabalu,sabah. Itupun rasanya dah lebih 6 tahun yang lalu.Wah!lamanya.. So tahun depan merupakan tahun ke-5 anniversary antara plan atau impian yang nak dicapai digapaikan adalah bawa En.Husband tersayang pergi bercuti di KK,Sabah...InsyaÁllah.. Harap-harap traveloka dapat merealisasikan impian ini sebagai hadiah paling best 2017.

Apa itu traveloka?

Traveloka adalah sebuah laman web yang menyediakan kemudahan untuk menempah tiket flight beserta dengan hotel dalam satu masa. jadi, kita tidak perlu lagi untuk buat 2 perkara berasingan. Dengan adanya traveloka ini semua tempahan tiket penerbangan dan hotel dapat dibuat dengan cepat dan pantas tanpa memerlukan masa yang lama untuk menguruskannya dan yang paling penting adalah ianya JIMAT MASA dan boleh dipercayai. 


Selain dari itu, traveloka sentiasa menawarkan promosi harga tiket dan hotel yang boleh dinikmati oleh semua penguna laman web traveloka. Jadi, korang juga boleh merancang percutian bersama keluarga tercinta dengan penjimatan yang sangat berbaloi dari traveloka. 


Kepada yang ada smartphone, korang juga boleh download traveloka app di Google Play Store atau App Store sekarang untuk lebih mudah dan pantas.

ataupun korang boleh layari laman rasmi traveloka iaitu www.traveloka.com.my ataupun korang boleh hashtag #MyTravelokaEscapade untuk memudahkan carian.

Okay,dah faham kan apa itu traveloka..sekarang ini nieyl nak share kepada Sabah menjadi tempat pilihan nieyl bukannya London, Korea atau Bali. 


Sebab Sabah Jadi Pilihan

Cuti-Cuti Malaysia
🌹Banyak lagi negeri-negeri dalam Malaysia ni yang boleh sempat nieyl jejakkan kaki, so..sebelum nak pergi ke luar negara tu,nak habiskan pusing satu Malaysia dulu..baru fair kan...


Pulau Sapi, Mamutik , Pulau Manukan

🌹3 Pulau yang terletak bersebelahan ini menjadi satu destinasi percutian kepada pelancong,sekiranya mereka melawat Kota Kinabalu. Kalau tak silap nieyl nak ke 3 pulau ni pun tidak lah susah sebab jeti bot betul-betul di bandar KK. Biasanya aktiviti yang selalu nieyl tengok dieorang buat snorkeling, berkelah dan main sukan air.Teringin nak snorkeling dengan En.Husband walaupun hakikatnya nieyl sangat takut snorkeling.


Pasar Filipina
🌹Kalau dah berada di KK, pasar yang paling popular dikalangan pelancong luar dan dalam adalah pasar filipina. Dekat pasar itu ada banyak sangat gerai antaranya menjual kraftangan, cenderahati seperti mutiara,hiasan dalam, keychain, aksesori wanita dan juga ada gerai jual produk laut kering seperti ikan masin. Dan yang bestnya kalau pergi waktu makan, gerai makanan laut memang banyak, murah dan segar-segar. Eee..nak shopping dekat sana lagi...please traveloka...


Pantai Tanjung Ara
🌹Kalau diberi peluang, nieyl memang nak habiskan masa bersama En.Husband bersantai di tepi pantai sambil melihat keindahan sunset di waktu senja..Wah!so romantik kan..sambil minum air kepala fresh..angin sepoi-sepoi..wah!so,dengar kata Pantai Tanjung Ara yang paling sesuai..

Monsopiad Cultural Village
🌹Sebelum ni nieyl memang teringin sangat nak belajar budaya,adat kaum-kaum sabah nie,masa nieyl pergi KK dulu,tak tahu pun ada rupanya tempat yang kita sebagai pelancong boleh melihat dan merasainya sendiri. Dekat itu juga ada menyediakan kemudahan asas dan aktiviti seperti menyumpiy, melihat tarian, belajar cara hidup orang pedalaman. wah!teruja laaa...



Siapa nak menang FREE TRIP di tempat yang korang idamkan?Ha..nak kan?kan?so..jom join bersama nieyl JOIN CONTEST TRAVELOKA , hadiah yang di tawarkan tersangat menarik. jangan lepaskan peluang korang okay!
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

8 comments:

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)