السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
MRT bermula esok | Perkhidmatan Transit Aliran massa Laluan Sunagi Buloh-Kajang ( MRT SBK) akan mula esok 16 Disember 2016 yang akan dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi laluan sulung MRT fasa pertama dari Sungai Buloh ke Semantan. Manakala fasa kedua sudah berada di peringkat akhir sebelum jajaran lengkap itu dapat dinikmati pengguna sehingga ke Kajang pada 31 Julai 2017. InsyaÁllah..
MRT ini dikatakan bakal memudahkan pergerakan, menjimatkan masa selain dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas. Secara tidak langsung dapat mengelakkan pencemaran udara. Selain dari itu juga, melegakan golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana yang tidak mempunyai kenderaan sendiri untuk bergerak ke tempat kerja atau suatu tempat dengan tambah yang murah.
Tidak mustahil suatu hari nanti, MRT menjadi alternatif terhadap gaya hidup baharu warga kota memandangkan perkhidmatan tren ini menawarkan mobiliti yang mudah dan pantas.
wah!bestnya kalau area rumah nieyl ke pejabat ada perkhidmatan ni, boleh berjimat sambil hidup dengan udara yang sihat.. :)
saya pasti cuba
ReplyDelete