السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
"Sedekah itu amalan mulia, berikanlah apa yang termampu,
usahlah bersangka buruk kepada yang meminta"
usahlah bersangka buruk kepada yang meminta"
Salam jumaat semua! Bukan niat nak menunjuk atau riak takbur bila bercerita ini ya..ini jujur dari hati sebab bila terbaca ayat dia atas tu, tergerak hati nak bagi pendapatan. Ada suatu ketika sedang makan, dapat sepasang suami isteri, di mana suaminya seorang yg buta dan isterinya memimpin tangan si suami sambil meminta sumbangan dan diberikan tisu, jujur nieyl kata nieyl akan bagi sumbangan walaupun tak banyak.
Begitu juga kalau kita pergi pasar malam, kita akan nampak mereka-mereka duduk tengah jalan, ada yang bawa anak kecil, ada yang tak ada kaki dan tangan. Nieyl juga akan bagi sumbangan,InsyaÁllah.. Dan ada orang tegur, "weh kenapa kau bagi?dieorang nie semua kadang² berlakon sahaja, entah-entah duit tu bukan untuk dieorg pun" . Nieyl cakap dengan orang tu, aku bagi sebab sekali aku pandang,hati aku dah terdetik untuk beri, aku tak kisah jika dia menipu, sebab itu urusan dia dengan Allah, aku sedekah sebab niat aku untuk membant"
Walaupun banyak yang menipu, itu pada nieyl urusan dia dengan Allah. Tanggungjawab kita itu memberi sekadar yang termampu. Betul, tidak semua orang yang meminta sedekah itu menipu, ada yang betul² memerlukan. Adakalanya orang berkata "sekali kau bagi, dieorang nie malas nak bekerja, mengharapkan belas ehsan orang" . Sebagai manusia, tidak semestinya yang kita lihat dengan mata kasar itu betul. Selalulah kita bersangka baik pada mereka, jangan sesekali kita bersangka buruk pada mereka. Mereka juga hamba Allah, ingat 5 Perkara itu..
Tidak jatuh miskin pun kalau kita sumbangkan RM1 pada mereka. Dan ingatlah tangan yang memberi itu lebih baik dari tangan yang menerima nya...
inshaallah
ReplyDeletejom amalkan
even sumbgkn rm 1 yg mgkin kecik bg kita, tp besar utk mereka yg mmerlukan =)
ReplyDeleteyg penting tu niat kita :)
ReplyDeletesedekah itu kunci kekayaan
ReplyDelete