23 December, 2016

Ikan Sebelah Masak Berlada

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Ikan Sebelah Masak Berlada | Sorilah nieyl first time tengok ikan sebelah depan mata, lepas tu kena masak pula tu, itu yang agak jakun sikit.. Nieyl suka makan ikan tapi 1 je benda yang nieyl tak suka buat bila ikan itu jenis yang bersisik, kena buang sisik dia..sebab satu dapur penuh dengan sisik, bukan dapur je kadang² dekat muka pun ada. huhuhu.. sebab itu kalau beli minta orang tu buang sisik siap-siap tapi kalau orang lelaki yang pergi beli ikan,ada sesetengahnya laaa pakai ambil je..jenuhlah isteri dekat dapur buang sisik ikan. 



Gigih memikirkan masak apa yang sedap, siap guna perkhidmatan GOOGLE lagi tau, rata-ratanya goreng,dan masak sambal. Jadinya, nieyl dapat idea masak berlada merah. Bahan-bahan pun kasi hantam sahaja lah..janji sedap..

Resepi Ikan Sebelah Masak Berlada Merah

Bahan-bahan :-

Ikan Sebelah 4 ekor (digoreng)
Bawang besar 1 biji (hiris)
Bawang putih 2 ulas (kisar atau tumbuk)
Bawang Holland (hiris)
Cili Api Merah 10 biji (kisar atau tumbuk)
Cili Merah Besar 1 biji (kisar atau tumbuk)
Cili Kering dah Blend (3 sudu)

Cara-Caranya :-
  1. Panaskan kuali dan letak minyak dalam 2 sudu untuk menumis
  2. Bila minyak dah panas,masukkan bawang putih, barang besar,cili api dan cili merah yg telah di tumbuk tadi
  3. Kemudian masukkan 3 sudu cili kering yang telah di blend
  4. Tumis sampai sedikit layu
  5. Masukkan garam,gula sedikit..
  6. Last sekali masukkan bawang holland
  7. Masak sekejap,dan tutu api
  8. Curahkan ke atas ikan sebelah yang telah kita goreng tu
  9. Ok siap!


  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

6 comments:

  1. Kakak suka ikan ini Nieyl - lemak dan tulang dia nipis aje
    Kalau goreng gitu aje pun dah sedap kena masak macam Nieyl buat ni lagilah sedap.

    ReplyDelete
  2. Nyum nyum mbuka slera tgk tajuk. Tgk gmbr lg laa =D

    ReplyDelete
  3. Sedapnya...nt nk try ikan sebelah

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)