15 December, 2016

secret recipe selalu jadi pilihan

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Secret recipe selalu jadi pilihan | Sabtu yang lepas selesai je urusan pertukaran kad debit, nieyl terus drive pergi ke IOI Putrajaya , kalau ikutkan plan asalnya nak pergi ke D'pulze cyberjaya, tapi dah alang-alang keluar tu pergi jauh sikitlah kebetulan nak pergi Daiso dengan parkson nak cari baju sekolah untuk anak buah nieyl yang akan masuk darjah 1 tahun depan.


Misi yang pertama mencari baju sekolah dulu dan peralatan sekolah sekali, taknak beli last minit so,ada masa kita terus pergi beli..nanti hujung-hujung boleh tambah lagi apa yang tak cukup. 

🎶Jam di dinding terus bergetar🎶 eh..ternyanyi pula...lepas shopping baju sekolah, misi mengisi perut yang tersangat lapar. Biasalah kalau hari-hari bercuti restoran fast food memang laku betul, penuh sahaja. Boleh dikatakan berkali-kali juga lah nieyl pusing² cari tempat makan yang tak penuh orang. 

Secret Recipe menjadi pilihan nieyl wah!seronoklah sebab kalau makan di SR nie nieyl dah ada beberapa menu yang wajib atau yang fav nieyl nak makan. Tak perlu nak tengok sangat buku menu tu..hahahaha..


Dari dulu sehinggalah sekarang, pergi SR menu ini yang akan menjadi pilihan.. TOM YAM KUNG.. cuma tak semua branch masak sedap..so,kalau dekat SR IOI putrajaya nie nieyl boleh bagi 3 bintang je..sebab nieyl pernah makan TOM YAM KUNG di branch lain yang lagi sedap..kalau dulu tomyam kung ni dia penuh dengan sayur, couliflower dan straw mushrooms, yang baru nieyl makan nie..tak ada langsung mushrooms..so,kurang kena dengan selera nieyl. (peminat tomyam kung)


Yang ini pula menu anak buah nieyl order, mushrooms grill chicken, yang ini sedap kalau ada anak² yang tak makan pedas tu boleh try menu ni..dan dia ada satu lagi black paper grill chicken yang itu pun memang nieyl suggest.. ☺


Kalau air pula nieyl lebih suka minum ice blended cappuccino ataupun ice lemon tea ha..itu je air yang selalu nieyl minum kalau pergi SR ini. Macam anak buah nieyl, dia peminat green tea so,yang hijau tu ice blended green tea ☺


Rasa tak sabarnya nieyl nak cuti panjang nie..tengah menghabiskan sisa-sisa bekerja seminggu je lagi sebelum nieyl cuti panjang..yeay...masih dalam perancangan nak ke mana cuti panjang nanti... ☺ boss nieyl tu asyik suruh pergi holiday ke...boss bukan x nak pergi holiday..pulus belum ado..hahaha.. kalau boss nak support boleh laa..kahkahkahkah...OKBYE!
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

3 comments:

  1. betul tu beli kelengkapan sekolah awal awal senang. tak yah pening kepala bila hjng hjng nti.

    wah lama ke cutinya nanti.. dapat berehat sebentar dr bekerja, rasa lega kan !!

    ReplyDelete
  2. Prepare awal lgi sng.. Sr sedap tp hrga perghhh skli skla blh la layan.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)