21 December, 2016

Masalah Kuku

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Masalah Kuku | Rasanya setiap hari kita akan tengok kuku kita sendiri kan, siapa yang jarang-jarang tengok kuku sendiri tu nieyl tak pastilah apa masalah korang. Tapi mejoriti memang hari-hari tengok kuku. Contohnya, nieyl seorang yang jenis tak suka tengok kuku panjang walaupun sikit, memang akan terus potong. Seminggu mesti 2x nieyl akan potong kuku. Kebersihan kuku perlu dijaga rapi dan perlu sentiasa sihat. 

Ikuti masalah-masalah yang sering dihadapi kuku kita agar mudah kita merawatnya dan mengekalkan kecantikannya.



1. Kering 
Masalah ini mungkin terjadi disebabkan oleh kekurangan vitamin A, kalsium dan zat besi. Juga disebabkan terlalu kerap berendam di dalam air panas atau sejuk. Perlu banyakkan makanan yang mengandungi zat-zat yang disebutkan tadi. Selain itu, rajinkan diri anda untuk mengurut kuku dan jari dengan menggunakan krim pelembap atau minyak zaitun. Ini masalah kuku nieyl.so,nieyl dah tahu kenapa dan macam mana nak merawatnya 😃

 2. Halus & Lemah 
Biasanya terjadi disebabkan oleh keturunan atau kerap menggunakan pembersih kuku yang mengandungi bahan yang boleh merosakkan kuku. Bagi mengelakkan daripada kuku korang menjadi seperti itu, selalulah ambil makanan yang mengandungi kadar protein, kalsium dan zat besi yang tinggi. 

 3. Mudah Terkoyak 
Disebabkan oleh masalah keturunan atau masalah kekurangan Vitamin B. Jadi korang perlu mengambil lebih banyak makanan yang mempunyai kandungan Vitamin B yang banyak. 

 4. Tebal &Keras 
Ada antara kita yang memiliki kuku yang terlalu tebal dan keras. Bahagian tepi kuku pecah-pecah dan berwarna kekuningan atau kehijauan mahupun berwarna coklat. Memakai kasut yang ketat akan membantutkan pertumbuhan kuku dan mengakibatkan masalah kuku tebal dan keras. Jadi pakailah kasut mengikut saiz kaki anda yang sebenar. Jika tidak ia akan mencacatkan bentuk sebenar kuku anda. 

 5. Berbintik Putih 
Bintik putih ini terjadi disebabkan terdapat udara pada dasar kuku korang. korang mesti  perasan jika kuku korang semakin panjang, lama-kelamaan bintik putih itu akan hilang dengan sendirinya apabila memotongnya. Bintik putih ini bukan satu penyakit dan tidak perlu dirisaukan.


Jadi,kuku korang yang mana satu?jom sama-sama kita merawat kuku kita...😉

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

8 comments:

  1. Oh... kakak ni kurang vitamin B agaknya Nieyl sebab kuku kakak mudah koyak

    ReplyDelete
  2. tak pernah jaga pun kuku ni..sy pun x tahu kuku sy ni bermasalah ke tidak hihi

    ReplyDelete
  3. Kesihatan kuku juga penting selin kulit dan anggota badan kita yang lain

    ReplyDelete
  4. Perkongsian yang baik..
    Kena check balik kuku AM nie..

    Ikhlas dari
    AlongMisuari.com

    ReplyDelete
  5. anak kecik saya kurang vit b la tu ya, senang terkoyak

    ReplyDelete
  6. Pak cik pun X suka kuku panjang, menyukarkan kerja2 bertani.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)