16 December, 2016

Madu dan Wanita

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Madu dan Wanita | Wanita dan madu sangat sinomin kan, tapi nieyl bukan nak cerita pasal madu yang pahit tu ya..Ini nak cerita tentang khasiat madu terhadap wanita. ha..kita orang wanita mesti suka kalau berbicara tentang kecantikan dan kesihatan. Dan madu juga adalah salah satu makanan sunnah.



1. Segarkan Tubuh dan Wajah
Ambil madu secara konsisten akan membantu memberi tenaga kepada tubuh sekali gus menaikkan seri wajah. Amalkan mengambil madu satu sudu sehari ketika perut kosong. Elakkan guna sudu besi sebaliknya sudu plastik kerana ia dikatakan dapat mengekalkan khasiat madu.

2. Lindungi dan Lembapkan Kulit

Kandungan antioksidan dalam madu dapat melindungi kulit daripada jangkitan, ia juga membantu memulihkan luka dan mengatasi pelbagai masalah seperti bintik-bintik hitam serta jerawat. Gunakan madu sebagai masker wajah. Sapu madu pada wajah, kemudian biarkan kering. Bersihkan dengan air perahan limau nipis. Lakukan petua ini dua kali seminggu, kulit wajah kelihatan lembap dan kemerahan.
3. Awet Muda
Khasiat yang terkandung di dalam madu dikatakan dapat menentang radikal bebas. Ia bersifat antipenuaan. Minum madu bersama perahan lemon atau madu bersama air suam. Ia bukan sahaja melawas malah membantu membuang toksin dalam tubuh.

4. Bersihkan Wajah
Madu juga boleh dijadikan pembersih wajah. Kandungan enzim dalam madu apabila dicampur dengan air menjadi cairan lembut yang dapat membersihkan kotoran dari dalam dan membuatkan kulit wajah lembut dan tegang. Ia pembersih wajah semula jadi yang selamat dan berkesan. Sejak zaman dahulu, madu bukan sahaja dijadikan makanan kesihatan malah ia juga digunakan secara meluas untuk merawat pelbagai masalah kulit dan dipercayai dapat membantu merawat kecantikan dalaman wanita. MW kongsikan kelebihan madu yang juga merupakan makanan sunnah.
 
5. Atasi Jerawat dan Parut
Madu sangat mujarab untuk mengecutkan dan menghilangkan jerawat tanpa meninggalkan parut. Madu merawat kulit dari dalam seterusnya menjadikan kulit lebih sihat dan licin. Ia juga dikatakan dapat menghilangkan parut pada wajah. Sapukan madu pada bahagian yang bermasalah, biarkan sehingga kering. Kemudian, bilas dengan air suam.

6. Cerahkan Kulit
Untuk mendapatkan kulit tubuh yang halus dan cerah, korang boleh berendam di dalam tab yang dicampur dengan madu, susu dan air mawar. Kombinasi ramuan ini mampu meredakan tekanan dan menjadikan kulit gebu. Ia juga merawat tubuh dengan cara yang ‘lembut’. 

7. Atasi Bibir Hitam
Bagi korang yang mengalami masalah bibir gelap atau hitam, sapukan madu pada bibir setiap malam. Sebaik sahaja bangun tidur, bersihkan bibir dengan air suam. Lakukan secara konsisten. 
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

5 comments:

  1. Liez pun suka madu... campur dengan air dan lemon... mlm2 kat muka buat masker...

    ReplyDelete
  2. Baca tajuk kakak ingat madu yg kongsi suami tu Nieyl
    Sekali bagi banyak tips rupanya:)

    ReplyDelete
  3. madu memang terbaik... bnyk khasiat

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)