Kisah Sedekah Hari Jumaat | Hari jumaat lepas ada seseorang beri sedekah dekat nieyl dalam bentuk wang ringgit. Lunch tu kebetulan nieyl nak pergi Alamanda dengan kawan nieyl nak cari baju blouse putih untuk lunch date 11 Disember. Lepas tu kiteorang pergi ke Mr. Diy pula nak survey harga wallpaper untuk pantry pejabat. Nak tahu tak, nak pergi ke Mr. Diy Alamanda sekarang ni kena ikut jalan luar sebab jalan dalam dia tutup sebab tengah buat construction. Berpeluh jugalah sebab jauh dan panas. hahaha..tapi disebabkan memang ada sebab nak ke sana, so..sis gagahkan diri ya..
Bila dah sampai, memang nieyl akan tuju di tempat wallpaper tu je, sekali pergi wallpaper yang dicari tak ada pula yang berkenan dan yang sesuai dengan konsep pejabat. Disebabkan dah berpeluh berjalan tadi kan so, kita carilah apa-apa barang dekat Mr.Diy yang boleh dibeli supaya tak nak pisang sangat jalan jauh hahaha.
Ha..kan tadi nieyl cakap ada orang sedekah dekat nieyl tu kan, duit tu nieyl beli buku drawing untuk Raisya sebab dia sekarang ni suka melukis, lagi-lagi kalau dia naik dalam kereta nieyl dia akan cari buku dan pensel untuk dia melukis,jadinya nieyl ternampak buku drawing ni yang cute dan pink nieyl terus beli untuk dia.
Cantikkan, dia ada macam-macam corak tadi disebabkan nieyl suka warna pink dan Raisya pun suka warna pink, nieyl pilih warna pink dan buku ni memang nieyl akan letak dekat rumah nieyl dan kalau dia datang, dia akan cari buku ni dulu dan pensen , lukis-lukis lepas tu dia balik rumah dia hahaha.. Sebab nieyl memang dah ajar dia dari kecil lagi, apa-apa barang mainan ke buku ke yang ada dekat rumah nieyl ni tak boleh bawa keluar, kalau nak bawa kena minta izin dulu. Sampai ke besar nilah dia ikut peraturan kalau ada dekat rumah nieyl.
Lepas tu nieyl belikan Raisya Sticker ni, dulu zaman sekolah dulu nieyl suka juga main sticker ni tapi dulu diperbuat dari kertas keras tu kan, tapi sekarang ni dia guna sticker macam ni boleh lekat-lekat dan cabut. Maaflah warna pink juga menjadi pilihan dihati hahaha..pasrah
Masa beli 2 barang ni, nieyl ambil gambar dan hantar dekat Ibu dia, suruh tunjuk dekat dia. Lepas maghrib dia dah sampai dekat rumah nieyl. Excited sangat nak tengok 2 barang yang nieyl belikan tu, terus main. Dia ni boleh main sorang-sorang, dia akan main sampai dia bosan, bila dah puas main, baru dia akan balik rumah.
lamanya tak p Alamanda...dulu2 prnh keje kt foodcourt tuh...hihihihi
ReplyDeletecomeinya stiker baju2 tu..
ReplyDeleteseronoknya dia main sticker dan melukis ya.
ReplyDeleteAlhamdulilah murah rezeki
ReplyDelete