22 December, 2023

Collect Kit Fun Run di Decathlon Puchong


Collect Kit Fun Run di Decathlon Puchong | Cerita lunch hari ini, kegigihan nieyl pergi collect Kit Fun Run untuk ahad ni. Nasib baiklah ada adik-adik opis ni nak teman nieyl hari ni sebab kebetulan memang kitaorang plan nak pergi lunch hari ni sama-sama sebab dah last kerja masing-masing. Plan asal nak makan dekat IOI Putrajaya, tapi bila dapat emel kena collect dekat Decathlon Puchong, terpaksalah kitaorang tukar lunch dekat Food Court Lotus je. 

Ini kira first time nieyl pergi Decathlon Puchong, memang luas dan besar tempat dia. Selalu nieyl pergi yang dekat Cyberjaya punya je. So, masa nieyl nak ambil kit tu Alhamdulillah Q tak panjang, tak sampai 5 minit urusan selesai. Bila dah selesai tu, ambil peluang untuk pusing-pusing dalam ni dan survey kasut untuk running. Nieyl memang ada plan nak beli kasut running baru sebab kasut running yang lama tu dah buruk dan dah lama. 

Cantik tak baju Fun Run nieyl kali ni, ini untuk karnival Sama-Sama di Putrajaya. Dia ada 3 warna yang boleh kita pilih, hitam, putih dan Grey. Warna grey nieyl dah ada last month punya Fun Run, so kali ni nieyl pilih color hitam, jadi boleh pakai-pakai dekat rumah. Tadi nieyl ambilkan untuk 7 orang termasuk nieyl. 

Kan tadi cakap, nak survey-survey je kan, sekali jom pergi bayar. Nieyl jumpa satu kasut running yang berkenan dan kena dengan bajet nieyl. Kebetulan masa ambil kit fun run dia ada bagi voucher, jadi nieyl claim terus dapatlah kurang sikit, bijak kan..hehehe.. Ok kasut running nieyl ni ada waranty 2 tahun, so kalau ada masalah benang tercabut ke tapak tercabut ke, boleh hantar semua. So, berbaloi lah kan..

Nieyl hantar gambar ni dekat husband, sekali dia cakap belanja la dia sepasang. hahaha.. Nieyl cakap doakan semoga nieyl dimurahkan rezeki. InsyaÁllah memang ada niat nak belanja husband nieyl sepasang nanti, cuma masa je tak tahu bila hehehe...

Oklah korang, nieyl nak kemas-kemas dah ni..nak balik dah kejap lagi, hopefully walaupun bercuti, nieyl ada masa untuk update entry ya..selamat bercuti semua♥



 

3 comments:

  1. Moga akak dimurahkan rezeki...boleh belanja lagi.. hehe

    ReplyDelete
  2. Seronok..especially aktiviti sihat macam ni..lagi seronok aktiviti shopping...

    ReplyDelete
  3. Suami saya nih termasuk yg sukaa belanja (shopping) di Malaysia. Dia selalu bilang discount di Malaysia lebih besar drpd Indonesia 😄. Ntahlah betul atau tak. Sementara saya lebih suka beli kalo memang butuh. Dia nih yg Rambang mata kalo dah liat discount 🤣. Tapi rasanya memang Malaysia LBH besar kasih promo, beberapa kali tiap kesana, kami end up dengan borong sepatu 🤭

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)