Memenuhi Undangan Makan Malam di Restoran Ana Ikan Bakar Petai | Minggu lepas nieyl ada terima undangan makan malam dari abang ipar nieyl.Actually dia jemput tu sebab hari tu nieyl dengan husband nieyl ada merewang masa anak buah dia kahwin dekat Petaling Jaya, dua hari kitaorang rewang. So, dia nak belanja makan lah kiranya ni, dan kebetulan adik beradik abang ipar nieyl ni memang kenal rapat dengan husband nieyl so, kitaorang ni dah sebahagian dari family besar dia.
Dieorang booking dekat Restoran Ana Ikan Bakar Petai, Bangi..Ini kira kali pertama nieyl datang makan sini. Lauk pauk yang dieorang order tomyam campur, kailan ikan masin, ikan siakap ada beberapa masakkan Bakar, 3 rasa, Stim limau, lepas tu ada lala, ada pepahat,Udang dan juga sotong. Kalau nieyl kira-kira dieorang order dalam 12 ke 15 set macam tu.
Nieyl dengan husband memang datang dengan perut yang kosong hehe, jadi memang kenyang ratah lauk sahaja. Paling best udang goreng XXL ya, besar memang puas makan nieyl sorang je makan 3 ekor hahaha.. Husband nieyl tak makan udang jadi, portion dia tu nieyl tolong makan kan hehehe...
Tukang ambil gambar pun over suruh main suap-suap pula, kita layan jela hahaha..nampak sangat nieyl yang buka mulut lebihh hahaha...Apa-apa pun Alhamdulillah, Allah sentiasa hadirkan insan-insan yang baik dalam hidup nieyl dan selalu murahkan rezeki nieyl terutama sekali bab makan.
So, kalau korang dekat area bangi tu, tak tahu nak makan dekat mana mungkin boleh try makan dekat sini, tempat pun selesai, parking pun ada orang jaga dan dari segi harga tu nieyl tak berapa tahu sangat la sebab orang belanja kan, tapi kalau nak makan sini makan la ikan siakap bakar petai dia sedap. Sekian.. ♥
Alhamdulillah rezeki dpt makan free di Ana Ikan Bakat Petai.
ReplyDeleteLast makan kat sini masa bulan puasa tahun ini.. Ada org belanja satu badan NGO berbuka .. memang padu masakan dan hidangan dia :D
ReplyDeleteMeriahnya makan reramai
ReplyDeleteMenu pun sedap2
meriah dpt mkn rmi2 tu
ReplyDeletemama macam pernah makan kat sini la.. kat mana ye kedai ni.. apapun nampak happening laa
ReplyDelete