27 December, 2023

Lunch di Kelab Tasik Putrajaya

 


Lunch di Kelab Tasik Putrajaya | Walaupun tadi sebelum keluar dah masak dan dah makan dah pun tadi still nak pergi lunch date dekat luar. hehehe.. Sebenarnya dah beberapa hari Pegawai office lama (Puan Ib) nieyl ajak pergi lunch kebetulan dia pun tengah cuti hujung tahun dan kebetulan juga dia ada order bawang goreng nieyl,jadi kita jumpa untuk bagi bawang goreng dan makan-makan sekejap. 

Puan Ib ni dulu masa dekat office lama bilik nieyl dan bilik dia bersebelahan, jadi kitaorang ni memang rapatlah masa tu dia gred 52. Lepas nieyl pindah ke office baru, Puan Ib naik pangkat dan ditempatkan di office yang sama juga,walaupun dah naik pangkat tapi hubungan kitaorang masih lagi close, masih lagi berwhatsapp. So, tadi bila berjumpa tu macam-macam cerita kita sembangkan sampai tak sedar dah 2 jam bersembang hehehe. 

Sambil-sambil sembang tu nieyl makan Chicken Chop Grilled, tak order nasi sebab dekat rumah tadi dah makan nasi kan. So, makan macam ni pun ok sedap dan nieyl order Ice Lemon Tea. Sambil sembang, makan sedar-sedar licin dah pinggan hahaha..Lunch tadi Puan Ib belanja nieyl, Alhamdulillah semoga Puan Ib sentiasa dimurahkan rezeki. 

Puan ib tak lama dah dalam service, dia nak pencen dah. Adoi, ramainya bos-bos nieyl ni nak pencen, selalunya bos yang best-best mesti cepat pencen hehehe..tapi tak apa lah, dieorang pun dah berkhidmat dah puluhan tahun dah, dah tiba masanya diaorang serahkan pada orang lain untuk meneruskan perjuangan. 

Kalau korang sedang bekerja, pencen atau bersara ketika umur berapa tu?



4 comments:

  1. terliur sangat tengok gambar ni... menyerlah..

    ReplyDelete
  2. Akak ada lagi 15 tahun kerja untuk sampai pencen...haaa...cer kira...

    ReplyDelete
  3. Sedapnya makan western.. Cuya paling suka western food

    ReplyDelete
  4. Saya resign dari HSBC setelah 13 tahun kak. Dah lah duduk Kat rumah, hasilkan uang dari rumah saja 😄. Kebetulan saya ada bisnis kecil dan sesekali trading saham. Dari situ dah cukup untuk uang jajan saya 🤭

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)