27 December, 2023

Batang Keladi Masak Lemak


Batang Keladi Masak Lemak | Pagi ni nieyl bangun pagi je nampak mak nieyl tengah bersihkan batang keladi. Batang keladi ni mak ambil dekat kebun je sebab nieyl memang suka makan batang keladi ni jadi, ayah memang ada tanam beberapa pokok. Bila dah nampak mak bersihkan tu nieyl terfikir nak masak lemak la. So, sebelum nieyl nak keluar sekejap lagi ni nieyl siapkan dulu masak tengah hari untuk mak dan husband nieyl balik kerja nanti. 

Menu nieyl simple je untuk lunch hari ini, nieyl goreng ikan kembung , batang keladi masak lemak dan juga ada sambal belacan. Selalunya kalau masak memang tak masak banyak, akan masak untuk lunch je sebab malam kitaorang tak makan nasi sekarang ni. Macam mak nieyl dia akan makan roti dan husband nieyl dia suka makan wrap ataupun biskut cicah teh panas ke..Dia memang tak nak makan malam nasi dah sekarang ni, so nieyl pun sekarang terikut-ikut.

Siapa suka makan batang keladi ?kita geng tapi nieyl suka yang masak homemade je, kalau yang kedai-kedai tu nieyl tak berani nak makan sebab nieyl takut gatal-gatal tekak. Walaupun tak pernah kena tapi ish..klu boleh memang tak nak la, nieyl akan makan yang mak nieyl bersihkan je hehehe..mengada betul nieyl ni kan nak makan pun banyak songeh hehehe...



6 comments:

  1. bestnyaaa...akak suka...especially kalau masak asam rebus...goreng plak ikan kembung ke..ikan masin ke...uiiiii...heaven

    ReplyDelete
  2. kena siat kulit dia bersih bersih..basuh pun kena bersih bersih.. kalau buat sambil lewa.. memang merenyam la jawabnya

    ReplyDelete
  3. sedap tu.. kak ayu pun suka but susah nak jumpa kannn

    ReplyDelete
  4. Suka tapi selalu emak masak asam. Tak pandai masak tunggu balik kampung emak masakkan

    ReplyDelete
  5. Cuya belum pernah rasa makan batang keladi...pandang je batang keladi tu teringat kelas seni masak sekolah rendah, main cop2 watercolour... hehhe

    ReplyDelete
  6. Saya lupa pernah makan keladi atau tak. Rasanya pernah, tapi pas masih dengan mama lah. Kalo saya sendiri memang tak pernah beli keladi 🤭

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)