29 December, 2023

Nieyl masak apa tu?

 

Nieyl masak apa tu? | Dulu nieyl ni rajin ambil gambar kalau memasak tapi sekarang ni kan asyik lupa je nak snap gambar. Kadang-kadang kalau teringat tu terus je ambil, sebab biasalah kalau dah dekat dapur tu macam-macam nak buat. Sekarang ni nieyl masih bercuti lagi, memang sepenuhnya dekat rumah, semalam nieyl nak keluar pergi hantar karipap frozen dekat office ada orang order tapi sebelum keluar rumah tu seperti biasalah nieyl akan siap masak makanan untuk lunch supaya kalau balik lambat nanti, tak ada lah rushing nak masak. 

Lagipun sejak nieyl bercuti ni, husband nieyl akan balik makan tengah hari. Jadi, semalam nieyl masak simple juga ayam masak merah dan juga sup sayur. Kalau tanya resepi sup sayur ni, nieyl rasa sup ni yang paling sudah, cepat dan sedap hehehe..

Kalau sup sayur yang nieyl buat ni nieyl suka letak Tauhu Telur ni, dia kalau nak sedap lagi letak brokoli nampak dia hijau-hijau sikit, yang ni nieyl guna bahan yang ada je dalam peti sejuk tu. Dengan 2 lauk yang nieyl masak semalam ni, licin ya kawan-kawan..Alhamdulillah, husband bertambah nasi semalam hehehe..So, kalau perut dia buncit, jangan salahkan isteri yang masak sedap tau :P



3 comments:

  1. samaaa, kadang malas pun ada nak snap gambar ni he hee

    ReplyDelete
  2. masak penuh kasih sayang.. of coz la kan..
    yg simple2 ni pun sedap Nieyl..

    ReplyDelete
  3. Sedapnya menu terus rasa lapar.

    Done follow sini. By the way jemput join Cie ada buat segment giveaway 😊

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)