07 December, 2023

Day 4 : Apa ada dalam bag/handbag korang sekarang?

Day 4 : Apa ada dalam bag/handbag korang sekarang? | Sepanjang 13 tahun bekerja ni, nieyl tak pernah ada handbag besar, nieyl suka handbag yang kecil-kecil comel je dan jenis pula suka pakai 1 handbag sampai rosak bahasa kasar dia sampai jahanam hahaha. Ada je handbag dekat rumah yang ada brand tapi entahlah, nieyl memang suka pakai jenis tahan lasak. Kalau Handbag yang mahal-mahal ni kadang-kadang tak tahan lasak, kulit tertanggal lah, terkoyak la kan..so, pakai jela yang murah dan tahan lasak..

Jom terjah apa yang ada dalam handbag nieyl yang comel loteh tu..hehehe

1) Pocket Perfume ni memang wajib ada dalam handbag, yela kadang-kadang kalau kita pergi makan dekat restoran ke kedai makan ke kan, lepas keluar dari situ mesti tudung, baju berbau makanan so, nieyl akan spray je, sebab perfume nieyl semua botolnya besar-besar jenuh pulak nak bawa dalam handbag ke sana sini kan. 

2) Gula-gula adalah salah satu benda yang wajib ada dalam handbag nieyl sebab dalam 30 hari, 2 atau 3 kali je dalam sebulan yang nieyl minum air manis, selebihnya nieyl memang akan minum air kosong, jadi kadang-kadang nieyl perlukan gula bila rasa macam kurang gula dalam badan ketika itu. 

3) Tag nama ni kena sentiasa ada dalam handbag sebab bila pergi HQ ke ataupun ada event, benda ni selalu terlupa kalau letak dekat rumah ataupun pejabat.Jadi bila letak dalam handbag dia lebih selamat.

4) Beg duit comel dari Singapore, segala kad, duit ada dalam tu dan nieyl tak guna purse sebab berat. Dekat rumah tu ada je purse kecik, purse besar CR tapi entahlah nieyl suka yang simple je

5) Lotion tangan Rose ni gift dari BFF nieyl, wangi sangat bau dia dan nieyl memang standby dalam handbag sebab dekat pejabat ni aircond kan kulit cepat kering. 

6) Lipstik comel ni dia jenis cepat hilang, so nieyl akan pakai bila emergency je lepas solat dah nak balik tu kan, ha..time tu la pakai.

7) Hand sanitizer comel dan wangi ni nieyl beli dekat watsons dan dia sangat wangi dan cute sebab tu la nieyl beli ya kawan-kawan hehehe

8) Kunci, segala mak nenek kunci ada dekat situ ya, tak tahu la husband nieyl ni kalau boleh semua kunci dia nak satu kan macam tu sebab dia kata kalau cerai-cerai kan susah hilang, maka nak jadi isteri solehah, ikut la hahaha, # tak ada kena mengena ya

9) Lipsmate rival ni sekarang nieyl guna kalau nak pergi kerja ke nak gi jenjalan ke sebab dia langsung tak transfer bila kita makan, minum..hahaha dia kekal maintain sampai malam hehehe

Yang tak ada dalam gambar, charger hp tu memang wajib nieyl bawa ke mana-mana, lagi senang dari pakai powerbank tu hahaha dan handphone sebiji. Ha..itulah item yang ada dalam handbag nieyl setiap hari..

Korang pula macam mana?



 

6 comments:

  1. bagus nya nieyl x minum air manis..Linda hari2 buat nescafe panas sebelum pegi kerja..😅😅

    ReplyDelete
  2. kak ayu menang la.. 12 barang.... he he he...

    ReplyDelete
  3. Kak SA memang x minum manis sebab tu dalam handbag kena ada gula- gula...kadang pagi2 every saturday check gula dalam darah, pernag cecah 3.7 bacaan...tu yang gigil..hehe..

    ReplyDelete
  4. Sedap nama dia ya. Lembut je. Dalam beg kadang2 penuh dengan resit. Dapat resit je simpan dalam beg jd sesekali kena buang resit2 tu.

    ReplyDelete
  5. Dalam handbag saya cuma ada dompet dan telefon saja.

    ReplyDelete
  6. dalam handbag ammi ada less than 10 items. sejenis yg kalau boleh nak bawak angin je dalam bag biar tak berat

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)