21 December, 2023

Shine Lipglass ELEGANT x MIA AZHAR

Shine Lipglass ELEGANT x MIA AZHAR | Wanita dengan barang make up memang susah untuk dipisahkan. Terutamanya wanita yang bekerja ni kan, paling tidak pun bedak compact tu wajib ada untuk tepek-tepek dekat muka untuk nampak bersiap sikit kan dan juga gincu. Kakak-kakak yang dekat pejabat nieyl selalunya diaorang wajib atleast pakai gincu baru nampak bersiap sikit pergi kerja, kalau tidak pucat je. 

Untuk yang muda mudi ni jangan kata sebatang gincu, selagi tak penuh meja tu dengan barang-barang make up tak sah. Nieyl dah lama dah nak cari lipstik mate yang jenis tak transfer bila kita minum ke makan. Kalau korang perasan kalau kita pakai lipstik kan bila minum je, berbekas la cawan ke gelap kesan lipstik tu. So, bila nieyl banyak masa tengok TikTok terjumpa satu lipglass yang super best, hahaha belum cuba lagi dah kata best. Yela..orang mudah terpengaruh ni susah, cepat je dia tekan beg kuning tu dan beli. 

Ok kali ni nieyl tak beli yang merepek-merepek okay. Kali ni memang nieyl nak sangat try Lipglass yang pernah satu ketika dulu viral dengan Harga RM59 kalau tak silap nieyl masa mula-mula dia keluarkan. Tapi kali ni nieyl beli kebetulan dia buat clearance stok dengan harga RM29 sampai stok habis sebab kontrak Mia dengan Elegant dah tamat. 

Gambar yang terpaling atas tu adalah kotak yang cantik tapi sayang..biasalah kurier kan, kemek-kemek aku punya barang, sabar jela..tapi tak apalah..nieyl sabar jela sebab dah dapat barang yang dinantikan tu pun dah bersyukur.

Inilah rupa lipglass seperti sebarang pen ya korang. Sebelah lip matte dan sebelah lagi lipgloss dia. Dekat tengah-tengah tu dia punya signature brand collaboration. Warna dia rose gold cantik dan simple.

Ha..kalau dalam iklan kata dia takkan transfer walaupun dekat tisu. So, nieyl pun nak buat uji kaji ler..nak tahu betul ke idak seperti yang katakan tu. Serius korang, nieyl dah cuba sendiri pakai dan nieyl lap dengan tisu, minum air memang dia tidak transfer langsung dengan tisu dan straw..WOW! dan yang best lagi dia langsung tak merekah ya, masih maintain lagi ni walaupun dah lebih 4 jam nieyl pakai.  Wahh!kalau ini lah hasilnya tak hairan lah dia letak harga RM59 weh, dia sangat puas hati..

So, kakak-kakak, adik-adik yang tengah cari lipglass yang kekal lama dan tidak transfer bila minum air, korang wajib try lip ni tauu...korang boleh je pergi dekat Shopee atau Tiktik search je Lipglass Mia Azhar, nanti dia akan keluar la banyak seller yang jual. Nanti gaji nanti dah plan nak grab 1 lagi color yang cantik sementara stok masih ada..

Oklah korang, barang baik kena share...♥

 

5 comments:

  1. menarik ni mmg nampak trak transfer langsung

    ReplyDelete
  2. jarang guna lipmatte sebab pernah kecewa beli dia merekah2 kat bibir tebalku.
    pakai lipstik biasa je tapi tulah...asal makan je lipstik pun hilang

    ReplyDelete
  3. Uwaaaah pengeeeen jugaaak 😍😍. Tapi Tunggu saya ke KL lagi rasanya 😁. Tak jual di sini. Memang susah cari lipstik yg benar2 tak transfer kak. Dah banyak yg saya coba, klaim semua tak transfer, tapi ternyata tetap saya transfer. Makanya kalo benar2 tak nempel di gelas, straw dan warna ttp bagus, saya nak.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)