25 December, 2023

Merry Christmas

 

Merry Christmas | First of all nieyl nak wish merry Christmas kepada mereka yang menyamputnya dan happy holiday untuk mereka yang sedang bercuti. Tiga hari bercuti ni korang buat apa je?nieyl 3 hari bercuti ni tak ada ke mana pun, duduk rumah, kemas-kemas , memasak dan juga siapkan order bawang dan juga nieyl pergi fun run, nanti nieyl share dalam entry lain. 

Pagi tadi nieyl keluar pergi beli barang-barang kering dapur yang dah habis. Nieyl pergi dengan kakak ipar nieyl, lama juga la kitaorang berdua keluar sebab banyak kedai pergi. So, bila on the way nak balik tu kakak ipar nieyl cakap teringin nak minum dan nieyl pun bawa dia pergi Bask Bear yang terletak depan simpang rumah nieyl tu. Actually ini pun kira kali pertama nieyl pergi Bask bear cawangan sini, so..kita pun order lah nieyl seperti biasalah latte ais. Pergi mana pun memang nieyl suka latte, so kalau nak belanja nieyl, belanja latte okay hehehe..

Inilah dia masalah perempuan ni kan, kalau dia cakap nak minum je janganlah percaya sebab bila minum dia akan sekali dengan makan.hahaha...begitulah nieyl tadi , nasib baik kakak ipar nieyl belanja sebab kalau ikutkan nieyl memang taknak makan sebabnya husband nieyl whatsapp yang dia dah balik kerja, so memang nieyl balik dari Bask bear tu nieyl akan terus masak untuk makan tengah hari.

Oklah, esok nieyl dah start cuti dah dan kepada korang yang bekerja esok selamat bekerja tau...

4 comments:

  1. Bask bear roti dia sedap... mungkin sos dia yang sedap tu. Tapi harga pon sedapp.. heheh

    ReplyDelete
  2. bab kopi tu yg kak ayu tergoda tu.. emmmm

    ReplyDelete
  3. Alahai..teringin plak tengok Bask Bear ni...kopi dia pun sedap..

    ReplyDelete
  4. Sukaaa toast model begini 😍👍. Besar, isian pun banyak. Next lah nak coba kalo kesana ❤️.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)