Fun Run Karnival Sama-Sama Kita 2023 | Hari jumaat lepas kan nieyl ada share yang nieyl pergi ambil Kit Fun run dekat Puchong untuk Fun Run Hari Ahad. Sekarang ni nieyl memang tengah minat untuk join Fun Run sekitar Putrajaya dan Cyberjaya setakat ini lah. Kalau yang luar dari dua kawasan ni mungkin tak dapatlah sebab jauh dengan rumah. So far sekarang ni memang banyak program yang larian dibuat di Putrajaya.
Untuk Fun run karnival Sama-sama kita ni dia ada buat 2 sesi larian. Yang pertama pada 23 Disember malam dan 24 Disember larian waktu pagi. Dan nieyl pilih 24 Disember pagi sebab tak berani nak ambil malam sebab ssekarang ni petang je hujan kan, so berisiko untuk ambil larian waktu malam ketika ini. Jadinya, seawal 6.30 pagi nieyl dah get ready untuk ke Putrajaya pagi ahad bersama 6 lagi ahli family yang join.
Ngam-ngam pukul7.45 macam tu untuk larian 5km dilepaskan dan nieyl ta,at larian dalam pukul9.15 macam tu dan terus ambil medal dan makanan yang disediakan oleh pihak penganjur.
Setiap kali habis larian, pose ni wajib di ambil sebagai kenang kenangan. Sebab untuk nieyl bukan mudahnya nak habiskan 5km tu hahaha tapi enjoy..Biarpun lambat tapi tetap bersemangat untuk sampai ke garisan penamat tau.
Semakin hari semakin ramai ahli larian nieyl, ini semua keluarga nieyl. Muka masing-masing keletihan dan kelaparan. Sebab sebelum larian nieyl memang minum air kosong sahaja dan selalunya lepas larian nieyl akan singgah kedai untuk sarapan. hahaha..
Cantik tak medal kali ni?cantikkan..ini medal nieyl yang ke-4 untuk tahun 2023 ni. kiranya ini larin penutup 2023 untuk nieyl la, kalau tidak ada satu lagi larian next minggu ni tapi tak boleh nak komit sebab 30 dan 31 Disember ni nieyl ada majlis family besar nieyl so, kena fokus pula ke majlis. Majlis apa, next week nieyl story dalam blog ok.
Ini gambar nieyl dengan kakak nieyl dan anak buah nieyl. Saja ambil gambar bertiga , ini lah anak buah nieyl yang membesar depan mata nieyl. Selalunya urusan Fun Run semua dia yang akan uruskan untuk kitaorang, nieyl tahu cari fun run dan bagi duit je. Insya'Allah pembukaan Januari ni nieyl ada Fun Run lagi dekat Putrajaya hehehe..Jom la korang yang mana dekat dengan Putrajaya tu join sama-sama.
wah..seronoknya..kat putrajaya memang byk run. tgk la, mana tau tahun depan rajin nak ke sana ke.. leh jumpa nieyl kan...
ReplyDeleteSeronoknya...akak ntah bila nak start..Dania asyik berzikir je kat telinga ajak pi run
ReplyDeleteBaguuus medal nya 😍😍. Beberapa teman saya jadi rutin ikut event lari, itu karena mengincar medal juga kak. Apalagi banyak yg bagus dan estetik kan. Memang bagus buat dipajang.
ReplyDeleteTak apa lari slow, yg penting stabil dan bisa sampai finish 👍