05 December, 2023

Fun Run Festival Arena Uniti

 

Fun Run Festival Arena Uniti | Dulunya nieyl bukan seorang yang suka bab-bab larian ni tapi bila umur dah semakin meningkat ni hobi tu berubah dari tak suka kepada suka. Ha..contohnya macam Fun Run ni kan start tahun ni nieyl start join. Alhamdulillah event last week ni kiranya kali ke-3 nieyl join dengan rela hati. Kali ni nieyl join Festival Arena Uniti yang diadakan di beberapa buah negeri, untuk minggu lepas di buat di Cyberjaya dan akan datang nieyl ada nampak di Penang dan beberapa negeri lagi. Untuk Festival Arena Uniti ni masuk untuk fun run free je cuma kalau nak T-shirt dan Medal tu add on je RM20. Dia ada 2 pilihan 5KM atau 10KM, nieyl masih newbie lagi soh, ambil lah yang 5KM, actually 5KM tu adalah first time untuk nieyl selalunya nieyl ambil 3KM je..hahaha..

7.00 pagi semua peserta kena standby dalam barisan, sementara tunggu 7.30 untuk dilepaskan tu, kita boleh la pose-pose sikit untuk kenangan, kali ni baju warna grey yang lepas Fit Malaysia warna oren lebih menyerlah sikit. 

Family kakak nieyl yang selalu akan join sekali bila nieyl nak masuk Fun Run. Setia menemani sebabnya husband nieyl dia tak berapa minat sangat nak join fun run ni. 

Gigih untuk meneruskan perjalanan hingga ke garisan penamat 5km. Nieyl tak adalah berlari sangat pun lebih brisk walk dan sikit-sikit je lari. 
Road kali ni memang sikit mencabar ya sebab dia ada naik bukit sikit, jadi memang perlukan tenaga yang extra sebab tekanan tu. Nieyl masa dah terasa mendaki tu kan minta anak buah nieyl tolong tarik hahaha..Nieyl ada snap gambar tengoklah depan nieyl tu berapa ramai huhuhu..

Bila dah penat-penat tu, dapat medal rasa macam happy sebab akhirnya diri ni dapat juga habis kan 5km untuk first time. Bangga dengan diri sendiri.. Dan excited untuk join next Fun Run Januari 2024.

Anak buah kesayangan nieyl tahun ni dah masuk umur 24 tahun. 

Posing wajib setiap kali habis Fun Run, gambar depan Finish bersama medal yang nieyl dapat tu. Alhamdulillah, untuk tahun ni nieyl dapat collect 3 medal. Insya-Allah tahun depan kita start kumpul seberapa banyak lagi medal dan join Fun Run lagi. ♥

3 comments:

  1. yeay..caiyok caiyok... sama la ngan kak ayu.. more kpd suka2 je.. layan briskwalk je pun.. janji kuar peluh, & on time sampai kan.. and bonus dpt medal..

    ReplyDelete
  2. ya Allah...seronok nya...Linda pun teringin nak p fun run gini...tp belum tercapai lagi...kikiki

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)