19 December, 2023

Geng Makan Buat Party

 

Geng Makan Buat Party | Geng makan nieyl ni tak pernah tak celebrate birthday ahli-ahlinya. Bagus kan, so sebagai penutup tahun 2023 ni, kita buat makan-makan untuk celebrate birthday Nov dan Disember. Geng makan nieyl ada 8 orang. Tapi tengoklah bila masing-masing disuruh bawa makan dah macam 50 orang punya makan. Tapi lepas dah potong kek semua, kita panggil mereka-mereka yang berhampiran untuk join makan sekali sebabnya makanan terlalu banyak sampai ke petang makan dia. 

Kek wajib ada, selalunya untuk kek kita akan buat collection sesama kita untuk beli kek. Untuk kali ni kita celebrate sekali birthday abg zul. Abg zul ni seorang lelaki dalam UPKS ni. Tapi masa celebrate tu dia tak ada, dia dah pergi HQ untuk hantar dokumen, balik tu baru dia join makan-makan. 

Ini lah geng makan nieyl dekat opis, kami tak selalu sangat berkumpul sebab masing-masing lain bahagian,tapi bila ada majlis ke apa perancangan, kitaorang akan sama-sama berkumpul. Sweet sangat dieorang semua ni, ada adik-adik dan sebaya dengan nieyl. Semoga ukhwah ini akan berkekalan sampai bila-bila..InsyaÁllah amin...

5 comments:

  1. best nye makan2 kat opis...sini opis kecik jarang nak mkn2 opis...daily hanya kuar makan kt kedai fav..

    ReplyDelete
  2. sronok bila ada geng makan2 berparty ...mcm2 menu hehe

    ReplyDelete
  3. bila semua dalam geng satu kepala memang la result nya :D

    ReplyDelete
  4. seronoknya sesekali gather gini kan walaupu bahagian lain2 tapi semuanya rapat

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)