13 December, 2023

Day 5 : Telefon bimbit pertama dan ketika umur berapa?

 

Day 5 : Telefon bimbit pertama dan ketika umur berapa? | kalau nak sembang pasal telefon bimbit ni kan, telefon pertama yang nieyl guna ketika umur 12 tahun (tahun 2000)  adalah jenama Alcatel besar ni itupun kakak nieyl yang bagi telefon ni. Ala..masa tu telefon guna dekat rumah je, nak sms pun tak tahu nak text siapa, sebab kawan-kawan pun masa tu tak ada pun telefon bimbit ni. So, tak heran sangat pun kalau tak ada.

Bila dah masuk sekolah menengah, masa tu handphone ni dah mula up dah. Kawan-kawan pun dah ada handphone dah, kira macam setiap orang la ada handphone masa zaman nieyl sekolah menengah. Masa tu masih lagi guna SMS. Nieyl pernah pakai Nokia 3310, Nokia 3315, Nokia butterfly, apa lagi eh lupa dah, last sekali masa sekolah menengah nieyl pakai Sony Ericson. Pakai sony ericson tu pun sebab dulu bf nieyl pakai sony ericson so, semua nak sama hahaha..gatal!

Masuk zaman bekerja, nieyl pernah guna brand Samsung, huawei dan sekarang ni nieyl guna Realme. Nieyl akan pakai handphone sampai rosak, jadi biasanya handphone nieyl akan bertahan 5-6 tahun, lepas tu kebiasaannya dia akan minta baru.hahahaha.. Dia ingat nieyl ni cop duit agaknya asyik nak beli handphone je. Dan kalau korang nak tahu, nieyl kalau beli handphone cerewet ya..kalau survey tu bukan sekejap-sekejap ya kadang-kadang berbulan-bulan hahaha. Sampai jumpa yang menepati citarasa nieyl.  Korang dulu pakai handphone apa?

11 comments:

  1. 12 tahun tahun 2000????
    arghhh...kita sebaya lah nieyl... hahaha
    lari tajuk plak kan...
    tp bab pkai nset smpai rosk tu kita sama, tp bab cerewet pilih nset tu tak...linda bedal je, jnji boleh guna utk wasap call, online, amik gambo byk2...hahaha...yg penting tak mahal, bg linda kalau boleh dapat bawah seribu utk semua tu..ok dh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..klu nieyl x tulis tu..mesti kita ingat siapa paling muda kan..skali sebaya la kita linda♥

      Delete
  2. 2000 ammi dah 21 tahun. dah 2 tahun pakai handphone and my 1st phone was sony ericsson

    ReplyDelete
    Replies
    1. ammi sebaya ngan kak ayu...
      wah..ammi pun pakai sony juga eh..zaman 2000-2005 sony tgh hot...

      Delete
  3. Sy first time ada telefon selepas SPM 2012.. Sy kerja dan beli sendiri hp.. tp masa tu masi guna sms lagi..

    ReplyDelete
  4. Awal nya 12 tahun dah pakai hp.. kita masa nak pergi sambung belajar baru la ada guna hp itu pun yg biasa2 jer. masa di menengah tgk jer la kawan2 ada yg pakai hp huhu.. zaman skrg tak yah ckp la anak 5 tahun pun minta hp hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. klu dlu 12 thn tu kita rasa awal kan, zaman skrg ni 6 bulan dah tgk handphone hehehe...tadika dah ada hp sendiri...

      Delete
  5. alcatel..yes..bf kak ayu kasi pinjam alcatel la..bila time cuti sem tu kan.. alcatel color kuning lagi

    ReplyDelete
  6. syidah ade telefon sendiri waktu spm 2017..samsung ace..then tahun 2020 sampai sekarang masih guna yg sama..beli fon pakai duit sendiri huhu..kenangan

    ReplyDelete
  7. Cuya ada fon masa umur 16 tahun.. fon nokia apa tah nama tak ingat, masih simpan dalam laci tapi tak boleh guna dahh

    Zaman sekarang ni anak buah Cuya 5 tahun pon dah ada fon sendiri.. adehh risauu tengokk tapi nak buat cam mane, dah zaman diorang teknologi dah tinggi kan

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)