Cabaran 10 Hari Blogging Bersama Nieyl | Bangun pagi tengok jam dekat handphone 1 DISEMBER 2023 ini bermakna hanya tinggal 30 hari sahaja kita akan melangkah ke Tahun Baru 2024.. Bersediakah kita untuk melangkah ke Tahun 2024. Rasa macam tak percaya pun ada, sebab masa zaman sekolah rendah dulu kan selalu cikgu sebut tentang WAWASAN 2020 dan nieyl masih kecil selalu terfikir sampai ke aku ni ke tahun 2020 tu dan macam manalah agaknya zaman WAWASAN 2020 yang selalu disebut-sebut tu tapi hari ni nieyl berada di bulan terakhir bagi tahun 2023.
Walau macam mana pun kita berfikir, masa tetap berjalan dan tidak akan berhenti dan kita akan terus melangkah ke tahun -tahun yang akan datang. Apa yang penting adalah, persediaan kita untuk meneruskan kehidupan yang semakin lama semakin mencabar dari semua sudut. Apa-apa pun nieyl nak ucapkan semoga setiap hari, setiap bulan, setiap tahun kita buat yang terbaik untuk diri kita, keluarga dan juga masa depan kita. Yang mana kita rasanya kelemahan kita, cuba tukarkan kelemahan itu menjadi satu keistimewaan yang tidak ada pada orang lain tetapi hanya ada pada diri kita sahaja.
alamak...dah terbebel panjanglah pula pagi ni. Sebenarnya nieyl nak ajak semua orang yang singgah dekat blog ni, kalau korang kekeringan idea nak buat entry, jom join nieyl buat cabaran 10 hari blogging bersama nieyl. Tiada paksaan pun, cuma nieyl nak bagi kita sama-sama ada idea untuk menulis blog setiap hari. Kadang-kadang ada masanya kita kekeringan idea nak menulis dan untuk kali ni nieyl bagi sedikit idea mungkin korang boleh kembangkan lagi idea tu kan.
Kalau korang sahut cabaran 10 hari blogging bersama nieyl ni, korang jangan lupa komen dekat entry ni tau, insyaÁllah nanti nieyl singgah blog korang. Lagi ramai, lagi best...see youuu♥
nieyl...next punya list...hahaha...cabaran 30 hari x siap lagi nie...
ReplyDeletehehe..ok nanti puan tauu hehehe..nnt share dgn nieyl..
Deletetapi kenapa Day 8 ngan Day 9 punya cabaran sama topik...hahaha
ReplyDeletehahaha..adoi, tersilap dah, tapi dah betulkan dahh hehehe
DeleteHihihi... Beres... Nanti linda on cabaran yg nie.. Linda share ya... 😊😊
DeleteKerajinan kena berganda lh cmni😆😆😆
ReplyDeletehehe..ala, meh la sama2 kita jadi rajin hehehe
Deletemacammana nak join ni?
ReplyDeleteIn sya Allah..leh join ni... 😊
ReplyDeletewah ada challenge!! sepatutnya dh hari keempat ni... sy jd tukang baca je lah nieyl
ReplyDeletemacam nak join...tp yg lama pun x settle lagi.
ReplyDelete