Pujuk Budak Tak Nak Pergi School | Kisahnya pagi selasa baru ni husband nieyl whatsapp, dia kata Iman video call, menangis tak nak pergi school dan nak jumpa husband nieyl. Sebelum tu, Iman ni anak jagaan arwah mak mertua nieyl dari baby lagi, lepas tu dia memang rapat dengan husband nieyl. Sekarang umur dia dah 6 tahun masih lagi manja dengan husband nieyl. Nak dijadikan cerita mama Iman pun ada whatsapp nieyl , cerita apa masalah iman dekat school sebenarnya sampai tak nak pergi school. Rupanya budak dekat school ejek-ejek dia, macam body shaming la so Iman ni jenis lembut, dia tak pandai nak lawan balik ke, atau bagitahu cikgu dia.
Mama dia cakap sampai Iman tu stress, banyak class-class dia tak nak pergi, homework tak nak siapkan. Jadinya, malam selasa tu husband nieyl ajak Iman keluar. Kitaorang ambil dia dekat rumah dan tanya dia nak pergi mana. I want go Dpluze, IOI.. hahaha..so, kita decide untuk pergi Dpluze dan dia enjoy jalan-jalan, gelak ketawa. Lepas tu kita bawa dia pergi makan dekat Restoran Sana Sini sebab dekat situ ada playground so, dia boleh main-main dekat situ.
Masa duduk makan tu, husband nieyl la banyak motivate Iman untuk pergi school, nasihatkan dia. Dengan Iman ni, dia sekolah omputih jadi, dia memang banyak speaking dari cakap bahasa. Bila kita cakap "you need be strong" dia jawab i'm not.. Iman give up " . Iman ni dia anak tunggal, dan dia seorang yang rajin belajar, macam-macam class dia minta dekat mama dia. Weekends pun dia nak ada class. Mama dia tak pernah paksa dia, dia sendiri yang minta untuk pergi class tambahan.
Kalau tak silap nieyl, dia ada ambil class Art, taekwondo, Class bahasa Chinese dan ada lagi beberapa. Dia memang penuhkan hari dia dengan aktiviti. Bila dia stress, dia tak boleh buat semua benda-benda tu mama dia kata. Pagi ni nieyl tanya mama dia, still tak nak pergi school, sebab dia takut kawan marah, cikgu marah. adoi la..Mama dia kata nak kena hantar pergi class social skills. Harapnya lepas ni dia bertambah baiklah sebab tahun depan dah Tahun 1, walaupun sekolah private tapi yela budaya ejek-ejek ni dari zaman kita lagi kan, tapi kalau dah melibatkan emosi anak-anak ni parents mana yang tak risau.
Doakan ya semoga urusan mama iman untuk kembalikan semangat pergi school tu berjaya...
bdk2 bila ada situasi dgn kwn2 ejek2 ni...mmg die pn akan rasa tk best ...tk nk pegi sekolah...hrp mama iman dpt pujuk la die utk kembali ke sekolah
ReplyDeletebetul sgt tu nieyl...
ReplyDeletesemoga iman lebih kuat semangat...aamin
tak baik nya la hai..kecik2 dah pandai body shaming bagai.. memang kena bantuan cikgu kalau bab ni.. adoi la.. moga iman cepat2 ok & be strong tau..key..
ReplyDeletecomei sgt iman ni..
Iman kena kuat semangat ye.
ReplyDeleteBanyak cabaran perlu dihadapi apabila semakin dewasa nanti.
eh kesiannya. budak kecik2 dah pandai dah shaming2 org ek.
ReplyDelete