28 December, 2023

Pergi Mr. Diy Lagi

Pergi Mr. Diy Lagi | Semalam masa nieyl keluar lunch date, balik tu nieyl singgah Segi Fresh nak beli barang tapi malangnya bawang besar semua rosak, berair dan basah. Adui, dah beberapa hari dah sebenarnya nieyl mencari bawang besar. Tapi rata-rata semua pasaraya tempat nieyl ni bawang dia teruk kebelakangan ni,tak tahu la kenapa..bila kita tanya, dieorang cakap semua bawang yang sampai semua rosak..rasa nak tepuk dahi sendiri je. Bila dah tak ada bawang, nieyl pun saja singgah Mr. Diy sebelah tu. Macam biasalah korang, nieyl kalau masuk tak pernah lagi keluar dengan tangan yang kosong. hehehe

Nieyl beli hanger baju, Ya Allah tak tahulah ya asyik beli hanger baju je kerja nieyl ni rasa macam dah banyak dekat rumah tu tapi bila nak guna asyiknya tak cukup memanjang, itu tanda baju makin bertambah ke apa..

Bateri memang nieyl kena beli untuk jam loceng mak dan juga mini radio nieyl yang ada dalam bilik tu, dah sebulan radio tu tak kedengaran suara dia, asyik terlupa je nak beli, ni semalam baru beli. 

Nieyl suka beli stokin dekat Mr. Diy ni sebab murah dan banyak pilihan color. Macam yang nieyl beli ni harga dia Rm2.30 sepasang, nieyl pilih warna hitam untuk husband , untuk pakai pergi kerja.Saja beli untuk tambah-tambah, biasalah orang lelaki ni pakai stokin kan, kadang-kadang koyak pun dieorang pakai juga..adoi la..Nasib baik ada isteri yang prihatin ni..

Yang ini nieyl beli sebab dia comel dan nieyl beli untuk nieyl petakkan kapas-kapas muka nieyl dalam ni. Mesti cantik je kan, nieyl cari yang jenis petak tak ada pulak , tapi bulat pun cantik je kan..nampak lebih kemas je..

So, total beli barang-barang ni tadi Rm21.00 hahaha, bawang tak beli, barang lain yang dibeli.. kalau korang masuk Mr. Diy biasanya berapa RM korang akan habis?share la..



 

5 comments:

  1. takleh nak kata.. kalau lalu je depan diy terus termasuk dalam.. terus terbeli... huhuhu....

    ReplyDelete
  2. jarang sekali la gi DIY x de beli apa2 kan...mesti ada je

    ReplyDelete
  3. Saka DIY lebih kurang sama ngan saka eco, Kaison dan segala la...x pernah la x de barang kat tangan kalau keluar...

    ReplyDelete
  4. Confirm la Cuya akan beli kalau masuk DIY walau satu barang..
    suka pergi bahagian stationaries, sebab comel2 barang dia

    ReplyDelete
  5. Hahahahah saya jarang ke DIY, tapi memang sekalinya ke sana, yg dibeli kebanyakan peralatan dapur kak. Apa2 yg rasanya dah buruk di dapur, langsung beli 😄

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)