Day 7 : Kalau diberi peluang memilih umur, umur berapa yang korang nak?dan kenapa? | Kalau tengok tajuk pun dia kata KALAU, walaupun benda tak mungkin kan tapi tak apa lah ia sekadar sharing sahaja. Ok kalau nieyl diberi peluang tu kan, nieyl nak back ke zaman sekolah menengah masa nieyl umur 13 tahun - 19 tahun sebabnya nieyl rasa sangat rugi tak belajar sungguh-sungguh dulu. hahaha, tapi itu pada nieyl normal la kan manusia, bila benda dah terlepas, baru la kita nak menyesal kan.
Zaman sekolah nieyl dulu, segala yang nieyl nak semua ayah nieyl sediakan. Sampaikan pergi sekolah dan balik sekolah pun ayah masih hantar dan ambil lagi. Kalau orang lain masa tu dah berdikari dah kan, naik bas sekolah ke, naik moto ke kan. Duit belanja orang lain masih lagi rm2, nieyl time tu dah up sikit rm3-4 masa tu, kira dah banyak dah tu kan. Sebab masa zaman 2000 makan tak mahal lagi macam sekarang ni. Nak laptop, ayah belikan, nak camera mahal ayah belikan. Tapi nieyl tak dapat bagi result yang membanggakan masa tu, tapi tak teruk la..dia sedang-sedang je.
Sebab itulah, sekarang ni bila anak-anak buah di sekolah menengah, nieyl selalu nasihatkan untuk belajar pandai-pandai, jangan bazirkan masa 5 tahun di sekolah menengah tu. Sampai ke hari ini lagi nieyl masih rindu zaman sekolah menengah nieyl. Terlalu banyak kenangan nakal zaman-zaman tu.. Apa-apa pun sekarang ni dah nak masuk 2024, umur nieyl pun tahun depan dah 36 tahun hahaha..
Tahun depan umur korang berapa??
Kalau ikin nak ulang masa kanak2..sebab xde nak pikir masalah...remaja tu da banyak kecewa sebab sibuk dengan bnda yg ntah pape..haha
ReplyDeletebiarlah rahsia,,,hahaha
ReplyDeletetulah nieyl, sama lah mcm Linda..peluang tu dah ada depan mata, tp memain...hahaha
untunglah semua dapat...ammi dulu SPM 1996. belanjan RM1.20 je. 60sen naik bus pegi balik, 60 sen makan. makan apa yg cukup je utk 60sen tu. nasib baik dengan acik kantin....selalu dapat lauk extra
ReplyDeleteooo..ok faham2.... ada betul nya jugak tu....
ReplyDeleteCuya pon hidup senang mcm akk.. , apa Cuya nak semua dapat. Alhamdulilah
ReplyDeletetapi kalau nak ulang umur tu, Cuya tak pastilah nk umur berapa sebab rasa nak ke depan lagi nak tahu future je,..tpi zaman skola dn uni memang seronok
Biasanya umur kanak-kanak dan remaja la paling best.. buat apa sahaja tak perlu kesah dengan hari esok .. Hidup hari-hari nak main nak enjoy jer :D
ReplyDelete