Showing posts with label Cabaran 10 Hari Blogging Bersama Nieyl. Show all posts
Showing posts with label Cabaran 10 Hari Blogging Bersama Nieyl. Show all posts

22 December, 2023

Day 10 : Siapa Crush korang?

by on December 22, 2023

 

Day 10 : Siapa Crush korang? | Tajuk tidak bermaksudkan apa-apa tau, just for fun je.. Kalau cakap pasal crush zaman sekolah dulu tu adalah, tapi dari jauh je la sebab masa tu dia senior nieyl. Kalau usha pun jauh-jauh je dan dia tak tahu pun tentang nieyl sebab dia budak bijak pandai, nieyl masa tu kelas tengah-tengah dan tak berapa nak lawo masa tu. Lepas tu dia tamat tingkatan 5, jadi berlalu begitu sahaja.

Sekarang ni crush nieyl adalah 2 orang..Tamak betulkan..hahaha, ala..suka-suka je pun, tak bermakna apa-apa pun, lagipun husband nieyl pun tahu siapa yang nieyl minat tu. Ala..korang pun mesti tahu juga, sebab nieyl dah letak dah gambar-gambar dia dalam blog nieyl ni, hari-hari korang nampak hahaha..so, nieyl tak perlu nak letak dah gambar dieorang dalam entry ni ya..

Oklah, dengan story pasal crush ni tamat dah cabaran 10 hari blog bersama nieyl. Terima kasih kepada mereka yang dah join dan berjaya tamatkan 10 hari dengan jayanya..♥

20 December, 2023

Day 9 : Suka berangan tentang apa?share lah

by on December 20, 2023

 

Day 9 : Suka berangan tentang apa?share lah | Kalau korang nak tahu, nieyl seorang yang suka berangan. Sebab berangan itu percuma, jadi tak perlu nak bayar pun jadi berangan je la yang mampu tapi kalau berangan itu boleh jadi kenyataan alangkah indahnya hidup kan, berangan je esok jadi ahahah...buat lawak ko petang-petang ni nieyl. 

Apa yang nieyl suka berangan?depends pada keadaan, kadang-kadang nieyl suka berangan jadi orang yang kaya raya dan boleh buat apa sahaja dengan duit yang nieyl ada itu. Tapi benda tu sebenarnya bukan benda yang mustahil pun tapi kalau untuk nieyl nak jadi seorang yang kaya raya dalam hidup sekarang ini agak mustahil la, sebab realitinya hidup sederhana macam sekarang ni pun dah cukup Alhamdulillah, happy dan bahagia

So. tak salah pun kalau sesekali tu kita nak berangan sebab tak perlu nak bayar pun kan, jadi berangan la sepuas-puasnya ♥

19 December, 2023

Day 8 : Apa Pekerjaan korang, kalau bukan pekerjaan sekarang?

by on December 19, 2023

Day 8 : Apa Pekerjaan korang, kalau bukan pekerjaan sekarang? | Sekarang bekerja sebagai Pembantu Tadbir. dan kalau bukan kerja PT sekarang, nieyl mungkin bekerja sebagai promoter di Shopping Mall. Sebab itu last pekerjaan nieyl sebelum nieyl masuk dalam gomen. Nieyl mula bekerja seawal umur 17 tahun selepas SPM, kemudian selepas STPM nieyl sambung bekerja sementara nak tunggu result tu kan, kemudian nieyl dapat offer kerja dekat Bank islam sekejap dan kemudian dapat offer kerja dekat perkhidmatan awam dan sehingga sekarang. Alhamdulillah walaupun status masih kontrak tapi syukur Alhamdulillah diberikan rezeki pekerjaan yang baik. 

Nak share sikit pengalaman bekerja sebagai promoter di Shopping Mall. Sebenarnya bekerja sebagai promoter ni best tau sebenarnya sebab kita berjumpa dengan pelbagai jenis customer. Ada customer yang senang kita nak close deal dan ada juga customer yang banyak songeh hahaha. Tapi sebagai promoter macam mana pun perangai customer kita, kita kena layan dia sampai akhirnya. Kerja promoter ni memang penat, sebab kita kena sentiasa berdiri menunggu customer masuk kawasan yang kita jaga tu dan kena sentiasa senyum. Tak boleh nak masam-masam muka. 

Teringat nieyl dulu, weekend biasanya shopping mall memang akan ramai customer. Kesempatan untuk kita duduk tu memang tipis sangat. Tapi nieyl kadang-kadang curi-curi juga untuk duduk sebab sakit sangat kaki bila berdiri dalam tempoh yang lama. Masa sebulan dua mula kerja tu memang terasa nak berhenti kerja tau sebab tak tahan sakit kaki bahagian tumit tu. Tapi bila dah lama-lama sakit tumit tu macam dah lali dah, so..part paling seronok adalah time dapat gaji hahaha..walaupun masa tu tak sampai seribu pun gaji tapi bila dapat tu terangatlah seronok sebab 27 hari ko bekerja berdiri.hahaha..

Dulu zaman 2005 gaji masa tu 1 jam dalam rm4 ke rm4.50 cmtu, zaman sekarang ni nieyl tak pasti mungkin dah naik dah kot. So, bila nieyl masuk shopping Mall tu kan terasa moment-moment jadi promoter. Dan lagi satu pengalaman yang paling kelakar, biarlah customer kadang-kadang mat saleh , so speaking..bila dia speaking je bertolak-tolak ya sebab masa tu tak berapa nak pandai sangat..ada juga yang nampak je mat saleh datang terus pergi toilet hahaha..tinggal la kawan sorang-sorang hahaha... jahat betul kan.. tapi semua tu kenangan..

Korang dulu kerja apa?


 

18 December, 2023

Day 7 : Kalau diberi peluang memilih umur, umur berapa yang korang nak?dan kenapa?

by on December 18, 2023

 

Day 7 : Kalau diberi peluang memilih umur, umur berapa yang korang nak?dan kenapa? | Kalau tengok tajuk pun dia kata KALAU, walaupun benda tak mungkin kan tapi tak apa lah ia sekadar sharing sahaja. Ok kalau nieyl diberi peluang tu kan, nieyl nak back ke zaman sekolah menengah masa nieyl umur 13 tahun - 19 tahun sebabnya nieyl rasa sangat rugi tak belajar sungguh-sungguh dulu. hahaha, tapi itu pada nieyl normal la kan manusia, bila benda dah terlepas, baru la kita nak menyesal kan.

Zaman sekolah nieyl dulu, segala yang nieyl nak semua ayah nieyl sediakan. Sampaikan pergi sekolah dan balik sekolah pun ayah masih hantar dan ambil lagi. Kalau orang lain masa tu dah berdikari dah kan, naik bas sekolah ke, naik moto ke kan. Duit belanja orang lain masih lagi rm2, nieyl time tu dah up sikit rm3-4 masa tu, kira dah banyak dah tu kan. Sebab masa zaman 2000 makan tak mahal lagi macam sekarang ni. Nak laptop, ayah belikan, nak camera mahal ayah belikan. Tapi nieyl tak dapat bagi result yang membanggakan masa tu, tapi tak teruk la..dia sedang-sedang je. 

Sebab itulah, sekarang ni bila anak-anak buah di sekolah menengah, nieyl selalu nasihatkan untuk belajar pandai-pandai, jangan bazirkan masa 5 tahun di sekolah menengah tu. Sampai ke hari ini lagi nieyl masih rindu zaman sekolah menengah nieyl. Terlalu banyak kenangan nakal zaman-zaman tu.. Apa-apa pun sekarang ni dah nak masuk 2024, umur nieyl pun tahun depan dah 36 tahun hahaha..

Tahun depan umur korang berapa??






14 December, 2023

Day 6 : Warna Kegemaran dan Kenapa?

by on December 14, 2023

Day 6 : Warna Kegemaran dan Kenapa? | Kalau kawan-kawan tengok blog nieyl ni pun dah boleh tahu dah nieyl suka warna apa kan? Ofcouse la warna pink. Kalau workstation nieyl boleh dikatakan 80% barang-barang memang berwarna pink. Kenapa nieyl suka warna pink ni sebabnya warna pink ni sesuai dengan perwatakan nieyl dan kena dengan jiwa nieyl. 

Dr sekolah lagi memang peminat pink color, dan masa dekat sekolah dulu siap ada group yang benci warna pink. Kesian warna pun ada musuh kan hahaha. Pada nieyl warna pink ni bukanlah warna yang boleh kita judge orang tu lembut, dan nieyl ada je kawan lelaki yang suka warna pink tapi pada nieyl normal la warna pink ramai orang suka tapi mentality sekarang pink untuk perempuan, pink untuk yang lemah lembut, dan lelaki yang suka pink ni mesti kena lembut..haii..

Kalau korang, suka warna apa?



 

13 December, 2023

Day 5 : Telefon bimbit pertama dan ketika umur berapa?

by on December 13, 2023

 

Day 5 : Telefon bimbit pertama dan ketika umur berapa? | kalau nak sembang pasal telefon bimbit ni kan, telefon pertama yang nieyl guna ketika umur 12 tahun (tahun 2000)  adalah jenama Alcatel besar ni itupun kakak nieyl yang bagi telefon ni. Ala..masa tu telefon guna dekat rumah je, nak sms pun tak tahu nak text siapa, sebab kawan-kawan pun masa tu tak ada pun telefon bimbit ni. So, tak heran sangat pun kalau tak ada.

Bila dah masuk sekolah menengah, masa tu handphone ni dah mula up dah. Kawan-kawan pun dah ada handphone dah, kira macam setiap orang la ada handphone masa zaman nieyl sekolah menengah. Masa tu masih lagi guna SMS. Nieyl pernah pakai Nokia 3310, Nokia 3315, Nokia butterfly, apa lagi eh lupa dah, last sekali masa sekolah menengah nieyl pakai Sony Ericson. Pakai sony ericson tu pun sebab dulu bf nieyl pakai sony ericson so, semua nak sama hahaha..gatal!

Masuk zaman bekerja, nieyl pernah guna brand Samsung, huawei dan sekarang ni nieyl guna Realme. Nieyl akan pakai handphone sampai rosak, jadi biasanya handphone nieyl akan bertahan 5-6 tahun, lepas tu kebiasaannya dia akan minta baru.hahahaha.. Dia ingat nieyl ni cop duit agaknya asyik nak beli handphone je. Dan kalau korang nak tahu, nieyl kalau beli handphone cerewet ya..kalau survey tu bukan sekejap-sekejap ya kadang-kadang berbulan-bulan hahaha. Sampai jumpa yang menepati citarasa nieyl.  Korang dulu pakai handphone apa?

07 December, 2023

Day 4 : Apa ada dalam bag/handbag korang sekarang?

by on December 07, 2023

Day 4 : Apa ada dalam bag/handbag korang sekarang? | Sepanjang 13 tahun bekerja ni, nieyl tak pernah ada handbag besar, nieyl suka handbag yang kecil-kecil comel je dan jenis pula suka pakai 1 handbag sampai rosak bahasa kasar dia sampai jahanam hahaha. Ada je handbag dekat rumah yang ada brand tapi entahlah, nieyl memang suka pakai jenis tahan lasak. Kalau Handbag yang mahal-mahal ni kadang-kadang tak tahan lasak, kulit tertanggal lah, terkoyak la kan..so, pakai jela yang murah dan tahan lasak..

Jom terjah apa yang ada dalam handbag nieyl yang comel loteh tu..hehehe

1) Pocket Perfume ni memang wajib ada dalam handbag, yela kadang-kadang kalau kita pergi makan dekat restoran ke kedai makan ke kan, lepas keluar dari situ mesti tudung, baju berbau makanan so, nieyl akan spray je, sebab perfume nieyl semua botolnya besar-besar jenuh pulak nak bawa dalam handbag ke sana sini kan. 

2) Gula-gula adalah salah satu benda yang wajib ada dalam handbag nieyl sebab dalam 30 hari, 2 atau 3 kali je dalam sebulan yang nieyl minum air manis, selebihnya nieyl memang akan minum air kosong, jadi kadang-kadang nieyl perlukan gula bila rasa macam kurang gula dalam badan ketika itu. 

3) Tag nama ni kena sentiasa ada dalam handbag sebab bila pergi HQ ke ataupun ada event, benda ni selalu terlupa kalau letak dekat rumah ataupun pejabat.Jadi bila letak dalam handbag dia lebih selamat.

4) Beg duit comel dari Singapore, segala kad, duit ada dalam tu dan nieyl tak guna purse sebab berat. Dekat rumah tu ada je purse kecik, purse besar CR tapi entahlah nieyl suka yang simple je

5) Lotion tangan Rose ni gift dari BFF nieyl, wangi sangat bau dia dan nieyl memang standby dalam handbag sebab dekat pejabat ni aircond kan kulit cepat kering. 

6) Lipstik comel ni dia jenis cepat hilang, so nieyl akan pakai bila emergency je lepas solat dah nak balik tu kan, ha..time tu la pakai.

7) Hand sanitizer comel dan wangi ni nieyl beli dekat watsons dan dia sangat wangi dan cute sebab tu la nieyl beli ya kawan-kawan hehehe

8) Kunci, segala mak nenek kunci ada dekat situ ya, tak tahu la husband nieyl ni kalau boleh semua kunci dia nak satu kan macam tu sebab dia kata kalau cerai-cerai kan susah hilang, maka nak jadi isteri solehah, ikut la hahaha, # tak ada kena mengena ya

9) Lipsmate rival ni sekarang nieyl guna kalau nak pergi kerja ke nak gi jenjalan ke sebab dia langsung tak transfer bila kita makan, minum..hahaha dia kekal maintain sampai malam hehehe

Yang tak ada dalam gambar, charger hp tu memang wajib nieyl bawa ke mana-mana, lagi senang dari pakai powerbank tu hahaha dan handphone sebiji. Ha..itulah item yang ada dalam handbag nieyl setiap hari..

Korang pula macam mana?



 

06 December, 2023

Day 3: Siapa nama best friends yang masih close sehingga hari ini?

by on December 06, 2023


Day 3: Siapa nama best friends yang masih close sehingga hari ini? | Dalam hidup ini bukan mudah untuk mencari kawan yang benar-benar ikhlas berkawan dengan kita. Nieyl sendiri bukan mudah nak bagi seseorang title Best Friends. Personally, pada nieyl title ni sangat mahal, sebab ia melibatkan perasaan, kejujuran, keikhlasan dan juga maruah. Dan nieyl seorang manusia yang sangat sayangkan sesuatu persahabatan. Nieyl akan berikan 100% perhatian dan kasih sayang. Sebab itulah Best friend nieyl dalam dunia ni hanya ada 2 orang sahaja. Konsep Best Friends pada nieyl kena ada give and take, dan tak boleh syok sendiri.

Nama panggilan dia Ayune, nieyl berkawan dengan dia dari umur kami 6 Tahun lagi. Bersekolah tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah sekejap pun sama sebelum dia sambung bersekolah teknik tingkatan 3. Walaupun terpisah sekolah tapi kitaorang selalu contact sampailah masing-masing dah bekerja. Tahun 2012 nieyl berkahwin dengan husband dan beberapa tahun kemudian, ayune pula berkahwin dengan adik ipar nieyl. Actually adik ipar nieyl dengan ayune ni dah bercinta lebih lama dari nieyl bercinta dengan husband. Jadinya daripada Best Friends tu kita bertukar title kepada BIRAS. Bila dah jadi biras, segalanya kami akan share bersama. Susah senang kami akan berkongsi dan tiada rahsia antara kita berdua. 

Ini pula Best Friends kedua yang sentiasa dihati nieyl. Nieyl panggil dia Faz, dia officemate dekat pejabat lama nieyl, tahun ni rasanya tahun ke 7 persahabatan kitaorang. Dia sentiasa ada dengan nieyl dalam susah ataupun senang. Dulu masa dekat pejabat lama, kitaorang ni dah macam kembar dah, ke mana sahaja pergi mesti berdua. Kalau hari isnin - jumaat tu tak pernah tak makan sama, tak pernah tak jumpa lah melainkan kalau cuti. Bila nieyl pindah ke pajabat lain, memang terasa kehilangan partner dalam hidup ni, memang menangis jangan cakap la. Walaupun dah pindah ke tempat lain, boleh dikatakan setiap minggu nieyl akan datang pejabat lama lepas rindu hahaha.. Dan faz ni pernah menjadi saksi kesakitan dan keperitan yang pernah nieyl alami dalam hidup. Walaupun malam dia tetap ada untuk tenangkan nieyl, dan sebab itulah nieyl sangat menghargai dia dalam hidup nieyl. Dan nieyl suka buat surprise untuk dia setiap tahun. 

Itulah dia 2 insan yang nieyl jadikan mereka berdua Best friends dalam hidup nieyl. Bukan mudah untuk mencari kawan yang susah senang ada dengan kita, dan bukan mudah untuk cari kawan yang baik depan dan belakang kita. Dan sekarang ni prinsip nieyl dalam berkawan, nieyl akan berkawan dengan semua orang, nieyl baik dengan semua orang, kalau orang tu nak menyata nieyl ke, nak cakap buruk pasal nieyl ke..nieyl dah tak ambil pusing dah, sebab itu urusan dia dengan Allah. Yang penting, kita berkawan je dengan semua orang. 

Ada sesiapa nak jadi kawan nieyl?






05 December, 2023

Day 2 : Kongsi Resepi Masakan Yang Paling Simple

by on December 05, 2023



Day 2 : Kongsi Resepi Masakan Yang Paling Simple | Alamak nieyl minta share resepi pula ya..ala, korang ni takkan tak ada resepi masakan yang simple-simple yang korang selalu masak. Mesti ada kan, ha.share tau nanti..bolehlah juga nanti kawan-kawan yang baca boleh guna resepi tu time tak ada idea nak masak. Kalau nieyl kan bila tiba penyakit M tu kan, aduhai nak angkat kuali tu pun tak larat tapi bila fikir balik, ada suami yang kelaparan tu hahaha..gigih masuk dapur masak apa sahaja yang simple dan cepat. Tapi nieyl kita agak bertuah jugalah dapat suami yang tak cerewet bab makanan dan dia akan makan je apa yang nieyl masak, dan dia kalau ada satu jenis lauk pun dah boleh makan dah. 

Nieyl akan masak simple bila nieyl berdua je dengan husband dekat rumah. Kalau mak nieyl pergi rumah kakak nieyl ke kan, memang nieyl dengan husband berdua je, kami makan jenis tak suka banyak lauk, jadi kadang-kadang masak satu jenis lauk je pun dah ok..

So, hari ni nieyl nak share lauk sayur yang paling simple nieyl, nieyl rasa ini lah yang paling simple dan kalau makan dengan ikan goreng panas-panas tu memang sodap!

Sayur Pak Choy Sos Tiram

Bahan-bahan
Pak Choy ( belah 2)
Bawang Putih (cincang)
Sos tiram
Tepung Jagung
Garam
Bawang Goreng

Cara masak

1) Tumis bawang putih
2) Masukkan air, sukatan air ikut pada korang nak banyak kuah atau sikit
3) Masukkan sos tiram
4) Masukkan sedikit serbuk perasa/garam secukupnya
5) Masukkan bancuhan tepung jagung( klu nak pekat letak lebih, klu nak biasa-biasa, letak 1-2 sudu je)
6) Pak choy boleh celur sekejap dan toskan
7) Letakkan pak choy dalam mangkuk atau pinggan dan curahkan kuah sos tiram tadi atas pak choy dan taburkan bawang goreng rangup..dah siapppp!

02 December, 2023

Day 1 : Nama Panggilan

by on December 02, 2023

 

Day 1 : Nama Panggilan | Bismillahirrahmanirrahim..ayuh kita mulakan cabaran 10 hari blogging bersama nieyl. Jadi, nieyl akan mulakan dengan tajuk nama panggilan. Kenapa nieyl pilih tajuk nama panggilan untuk first day?Korang tahu tak nama panggilan ni sangat penting supaya orang ingat kita. Kadang-kadang mana yang panjang-panjang ni orang tak ingat tapi bila sebut nama panggilan, Insya'Allah orang akan ingat. Nieyl ada beberapa nama panggilan yang digunakan berbeza tempat. Actually nama panggilan tu bukan nieyl yang create mostly orang lain yang create dan dia melekat sampai ke hari ini..

Nieyl
Nama panggilan nieyl ni wujud masa nieyl form6. Kawan-kawan dia suka panggil nama kita dengan satu sebutan je, contohnya Nadia , di pendekkan jadi Nad, Ismail dipendekkan panggil is dan nieyla dipendekkan panggil nieyl dan nama nieyl ni jugalah nieyl guna sebagai nama pena blogger dan nama nieyl juga ada pegawai-pegawai dekat pejabat panggil nama nieyl. 

Manja @ manje
Manja adalah nama panggilan nieyl masa nieyl kecil. Nama ni diberikan oleh arwah nenek nieyl sebab nieyl cucu kesayangan dia, dan dia memang panggil nieyl dengan nama manja, dan dikalangkan ahli keluarga juga memanggil nieyl dengan nama manja, jiran-jiran dan orang kampung. Bila sebut nama nieyla ni dieorang tak kenal hehehe...dan special lagi, timbalan-timbalan pengarah nieyl dekat pejabat tu semuanya perempuan dan dieorang pun panggil nieyl dengan nama manja..adeh, i pasrahh....hehehe

Dewi

Ada juga kawan yang panggil nieyl dengan nama dewi. Sebab nama nieyl kan panjang, dewi ni memang nama betul nieyl, so..banyak-banyak kawan dia sorang je yang panggil nieyl dewi sampailah sekarang. Dia best friends nieyl yang satu-satunya kawan lelaki yang kira close juga masa form 6 dulu dan sekarang masih lagi contact cuma dah jarang sebab masing-masing dah ada kehidupan berkeluarga dan sibuk bekerja. 

Ini antara 3 panggilan nama yang nieyl boleh kira popularlah dalam kehidupan nieyl selain dari nama nieyl yang sebenar. Untuk nieyl tak kisah apa pun panggilan yang orang nak panggil asalkan bunyi dan sebutan nama tu semuanya yang baik-baik. Betul tak?

Korang pula apa nama panggilan korang?share lahh..nieyl nak tahu jugaaa..