20 January, 2025

Raisya Ikut Pergi Office

 

Raisya Ikut Pergi Office | Masa cuti sekolah seminggu bulan 12 hari tu, budak ni sibuk nak ikut pergi office, nak tengok bilik nieyl. Nieyl pun waktu lunch ambil lah dia dekat rumah, sebab budak ni kadang-kadang tak boleh lama-lama dia cepat boring, tu yang nieyl bawa dia lepas lunch tu, atleast dalam 2 jam setengah je. 

Sebelum dapat main handphone, nieyl lagi dia buat latihan math dulu dalam 5 helai macam tu. Tu yang muka serius je mengira tu. Hihihi..

Nampak tu, semua jari tangan keluar untuk mengira. Bulan 2 ni nak masuk darjah 1 dah ni, jadi tak boleh bagi dia leka sangat. Kena selang seli main dan belajar. Hari tu pergi orientasi darjah satu bila tanya best tak sekolah...panjang dia jawab besttttt....

Gerak balik pukul4.30 dan nieyl tanya nak makan apa, tapi sebenarnya memang dah tahu dia suka makan apa, tapi saje nak uji dia buat keputusan. Dia kata nak makan spaghetti , jadi nieyl pun order untuk dia dengan aiskirm.. Nieyl tak makan pun, sebab kenyang lagi. Habis ya 1 pinggan spaghetti tu dia makan ..suka tengok kalau dia makan habis.. 

Semoga Raisya membesar dengan baik, menjadi anak yang solehah , dan belajar rajin-rajin..korang doakan ya..semoga segala urusan Raisya nak masuk darjah 1 ni dipermudahkan hendaknya..Aminn

3 comments:

  1. Seronoknya Raisya ikut Nieyl..dulu masa Dania kecik2 pun akak bawak pi opis selalu...

    ReplyDelete
  2. waahhhh Raisya ikut Nieyl pegi ofis! gud girl nya dia makan habis hehehe

    ReplyDelete
  3. Bagus dia, well behaved 👍🏻
    Awal orientasinya ye...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)