Surprice Birthday Putri | Balik dari jalan-jalan cari pasembur tu, nieyl dengan yang mak-mak ni pergi ambil kek dan beli belon untuk surprise kan Putri. Anak buah nieyl belah husband. Anak-anak semua daddy-daddy yang jaga dan bawa pergi main taman dulu.
Inilah dia birthday girls, nama dia panjang sama macam maklong dia ni, kita biasa pakai dia Putri je..Alhamdulillah Putri tahun ni dah 8 tahun. Sekejap je dah besar budak ni, kalau korang nampak dalam gambar tu ada belon-belon sabun tu kan, demi gambar yang cantik nieyl tiup manual ya hahaha..jenuh nak buat tau sebab air sabun masa tu dah nyawa-nyawa ikan budak-budak ni main awal.
Bergambar dengan paklong, maklong si birthday girl ni. Petang tu memang dia jadi model situ je kiteorang ambil gambar je petang tu. Actually, taman ni betul-betul dalam kawasan perumahan adik ipar nieyl tu..Memang cantik pemandangan dia sebab tu kita pilih nak celebrate birthday dekat taman ni.
Mak-mak wajib selfie ya..Yang baju merah tu ayune ( biras nieyl dan bff dari tadika lagi), yang sebelah dia tu adik ipar nieyl yang bongsu dan baju biru tu adik ipar nieyl Erma (kawan sekolah). Nampak tak ketinggian kami sama je hehehe..umur nieyl, ayune dan Erma sama dan adik ipar bongsu tu sebaya dengan adik nieyl yang bongsu.
Sebelum nak balik ke rumah family photo. Alhamdulillah inilah keluarga kecil belah husband nieyl. Husband nieyl anak sulung, no. 2 yang baru merah dan sebelah nieyl tu biras lelaki nieyl. Walaupun mak ayah dah tak ada, masing-masing dah ada keluarga sendiri, tapi setiap tahun kita akan cuba cari masa untuk bercuti bersama-sama.
Penutup entry wajiblah gambar nieyl hahaha..ala..bagilah kita feeling-feeling muda kejap, walaupun tak lama lagi nak masuk 40 series weh...tak nak-tak nak ...hahaha..
Oklah korang, nanti nieyl sambung lagi entry lain okay...
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)