Kampung Agong di Pulau Pinang | Sejak PKP dah tak pergi ke Pulau Pinang, kalau tak setiap tahun ataupun 2 tahun sekali adalah wajib untuk adik beradik belah husband nieyl untuk ke Pulau Pinang sebab adik husband nieyl no.3 kahwin dengan orang sana dan menetap dekat sana. Jadi, kitaorang akan plan sama-sama untuk ziarah dan bercuti dekat sana beberapa hari.
Penutup 2024 , nieyl pergi ke Pulau Pinang 3 hari 2 malam dekat sana. Penginapan tu memang tak risau sebab memang akan stay dekat rumah adik ipar nieyl dia ada 3 bilik cukuplah untuk kami yang dah kahwin ni duduk satu bilik family. Nieyl gerak 9 malam (jumaat) sampai rumah adik ipar dalam pukul3 pagi (sabtu).
Bila dah sampai pukul3 pagi tu, walaupun penat dalam kereta tapi bila dah berjumpa memang tak ingat nak tidur, borak-borak sampai pukul4 pagi. Lepas tu masing-masing masuk bilik tidur , yang konon nak pergi me time tu terpaksa postpone hari lain sebab masing-masing terlajak bangun hahaha.
Hari sabtu kita keluar tengah hari untuk pergi lunch dulu sebelum ke Kampung Agong untuk berOOTD di sana. Ha..memang tujuan ke situ untuk berOOTD sahaja. Meh nieyl tunjukkan beberapa hasil OOTD yang nieyl snap dekat sana.
Dekat situ memang setiap penjuru adalah tempat OOTD. Kalau korang jenis yang kreatif ambil gambar, gambar mesti cun punya. Masa nieyl pergi tu ramai pengantin yang buat outdoor dekat situ. Kawasan dia sangat luas tau, memang tak terabis nak berjalan penat hihihi.
Gambar-gambar yang nieyl share dekat blog semua tak edit tau. Selalu nieyl akan edit bila nak post dekat IG story je hehehe. Cantikkan pemandangan semua kehijauanm pokok-pokok kelapa dan sawah padi.
Buai laju-laju, sampai pokok sena....sambunglah ya kawan-kawan.. Keseorangan nieyl di situ menanti kekasih hati yang tidak muncul tiba. eh..feeling menung jauh mengenang nasib..hahaha..
Masa ni kan, rasa macam single betul tau tiada suami di sisi..hahaha..actually husband nieyl tak sampai lagi penang masa pergi Kampung Agong ni. Sabtu pagi husband nieyl kena kerja dulu dan pukul6 petang sabtu baru dia naik flight ke Penang. jadi, hati sentiasa menanti suami..
Anak-anak semua jadi model daddy fir , sebab tengoklah hasil seni photographer guna handphone pun gambar dah cantik hehehe.
Ok ini nieyl share harga tiket masuk dekat kampung Agong ni. Mana tahu ada yang nak pergi berOOTD nanti kalau sampai Pulau Pinang tu. Ok sekian cerita tentang kampung Agong..jumpa nanti next entry...
linda pun tak pernah pergi lagi nie...tunggu lah dah dok dekat sikit dengan penang tu..lajuss je kita ikot WCE tu..hihihi
ReplyDeleteNice photo & view =)
ReplyDeleteSelalu tengok org pos pasal Kampung Agong ni.. Memang port bergambar yang cantik
ReplyDeleteTapi Cuya takdelah nak ke sana, takde sape nak bawa jauh2 hahaha
Cuya baru perasan, akak tukar cover banner akak eh? rasa macam lain daripada yang lama.. hehe
ReplyDeleteAkk dah sampai dah KA ni. Mmg byk port nak OOTD kan. Sampai penatlah nak posing haha
ReplyDeleteCantik2 gambarnya
ReplyDeletesha pernah pergi penang tp rasanya xpernah ke sini ctk tmpt ni klu ootd
ReplyDeletesuka tgk pic2 kat sana..kak ayu x sampai lagi ke sana, kalau balik penang leh singgah ni
ReplyDeleteSaya seriiiiing ke Penang, tp baru kali ini pula dengar nama kampung agong. Ternyata setelah cek di sebrang lagi dia ya kak. Makluuum lah, saya kalo ke Penang cuma main2 di sekitaran Georgetown dan baru feringhi 🤣🤣.
ReplyDeleteCantiiik memang tempatnya yaaa. Nantilah ke Penang lagi nak kesana juga