15 January, 2025

Jalan-jalan Cari Pasembur Di Padang Kota

Jalan-jalan Cari Pasembur Di Padang Kota | Salah satu tempat wajib yang bila nieyl pergi ke Penang adalah Padang kota. Jadi, pada hari kedua kitaorang plan untuk naik pengangkutan awam sahaja sepanjang hari tu. Saja nak bagi anak-anak ni merasa naik pengangkutan awam. 

First tu kita park kereta dekat stesen tasek gelugor dan beli tiket train untuk ke butterworth dengan harga Rm1.60, beberapa minit lepas tu kitaorang masuk ke dalam untuk tunggu train tapi nasib kami tak berapa baik train delay lama juga, naik bosan jugalah nak menunggu sebab matahari dah naik.

Kitaorang sempat buat video,ambil gambar pose sana pose sini tak cukup itu buat pula video-video trend adik beradik. Anak-anak pun kena jadi model hehe..Kalau duduk je, jadi makin bosan menunggu budak-budak kan. Jadi, kita buatlah aktiviti hahaha.
Kalau naik pengangkutan awam ni jangan expect akan sentiasa dapat tempat duduk ya, jadi sis kena berdiri sampai stesen butterworth. Ok je enjoy je sebab dekat tempat nieyl, sumpah jarang-jarang naik train hehehe. Jadi, excited jugalah jalan-jalan naik train ni. 

Dari stesen butterworth tu kita akan berjalan kaki untuk ke terminal ferry pula untuk ke seberang pulau. Harga tiket RM1.20 , kanak-kanak tak ingat rasanya dalam RM0.60 je. Sama juga bila naik feri orang akan berebut untuk duduk di sebelah cermin sebab nak tengok pemandangan laut, tapi sayang kitaorang pergi balik tak dapat nak duduk tepi tingkap hehehe..tapi tak apalah, yang penting selfie wajib hehehe..

Bila dah sampai terminal, kitaorang jalan kaki lagi untuk cari bas untuk ke padang kota. Kitaorang pun pergi dekat stesen bas, ada orang bas tu kata kalau nak jalan-jalan penang ni, naik je bas free. Dekat bas tu ada tulis FREE CAT BUS. Ha..kami pun naiklah bas ni, tapi jangan expect dapat duduklah, bas free ni ada rezeki duduk, tak ada rezeki hang berdirilah sampai destinasi hehehe. 

Sampai Padang Kota, wow!dah lain dah duduk atap tak ada burung-burung banyak takut tengah-tengah makan , kena berak burung. Tapi kali ni pergi dah ada bumbung dah, Alhamdulillah selesa dan selamat untuk kita makan. Kalau pergi sini, nieyl dan family akan cari 1 kedai pasembur ni sahaja, sebab dia punya paling sedap. Kitaorang tak cari kedai lain dah, memang akan cari Gani ni. 

Ha..satu ni hari tu dalam rm35 macam tu, memang puas makan, kuah dia perghh..sedapp.. kitaorang beli 3 pinggan , 2 untuk dewasa dan 1 untuk kanak-kanak. Yang dewasa punya memang licin la sebab makan 7 orang . Serius tau, kalau siapa nak pergi cari pasembur tu, try kedai ni naa...

Perut dah kenyang, kitaorang pakat tunggu bas FREE lagi untuk ke KOMTAR jalan-jalan main game kononnya. Sampai-sampai je mall tu ada buat celebration krismas. Anak-anak pun join menari dengan maskot, dan pekerja-pekerja mall situ. Last sekali di umumkan yang akan ada salji, siap countdown lagi..

Nasib baik bertindak pantas minta adik ipar snapkan gambar2 hihihi. Nieyl memang plan hari tu nak ajak pergi genting nak main salji tu tak sangka pula rezeki dapat main dekat Penang. Walaupun salji tiruan tapi effect dia cantik kan hehehe

Dah main-main salji, anak-anak main game sekejap kemudian kita gerak balik ke rumah. Cara dia sama naik bas, naik feri dan naik train sama macam nak datang ke pulau tu. Kitaorang tak terus masuk rumah, dekat kawasan perumahan tu ada taman kawasan beriadah, jadi kitaorang ke sana terus.. Nak tahu apa jadi next tu tak??

Nanti nieyl sambung next entry ya....






















 

4 comments:

  1. Seronoknya....cantik gambar yang last tu..pandai anak buah amikkan gambar...pasembor tu pernah makan yang adik ipar bungkus je..blom experience makan kat situ lagi...

    ReplyDelete
  2. La Nieyl. Kami pi Penang pun, stop kat Tasek Gelugor. Awat la tak jumpa kannn

    ReplyDelete
  3. Seronok naik bas/train ramai² gini.... betul la tu naik public transport mmg ikut rezeki dapat duduk ke tidak kan...
    Lama tak makan pasemboq Padang Kota :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)