15 January, 2025

Breakfast di Paddy Cafe Pulau Pinang

Breakfast di Paddy Cafe Pulau Pinang | Bila dah Coffee Lover tu, cafe hunter mesti di teruskan di mana-mana hihihi. Sepanjang perjalanan nak sampai ke cafe tu, pandangan nieyl memang tertumpu dekat kiri je sebabnya kehijauan sawah padi ketika itu sangat-sangat cantik dan tenang je di kawasan kampung-kampung. Al maklumlah , tempat kita susah nak jumpa sawah padi ni.. Ok plan hari terakhir di Penang adalah pagi-pagi "me time"untuk pergi breakfast di luar , untuk girls talk .

Just nice lah kitaorang sampai dalam pukul8.30 pagi , belum penuh orang lagi tapi dah ada orang datang memenuhi ruang-ruang makan. Cantikkan langit masa ni plus dengan kehijauan sawah padi tu.. Actually kan, cafe ni betul-betul tepi jalan dan sebelah bendang sawah ni..view ambil gambar memang CUN.


Yang ini bahagian depan cafe , ruang parking pun besar untuk customer. Jangan risau parking okay. Cuma kalau dah ramai-ramai memang susah sikitlah nak parking tu. 


Cafe ni banyak pilihan seat untuk kita. Kalau nak beraircond boleh pilih dekat bahagian dalam. Kalau rasa nak feeling-feeling breakfast dekat kampung, korang boleh je pilih meja dekat luar cafe ni. Ada beberapa set meja yang boleh korang duduk, breakfast sambil menikmati pemandangan sawah padi waktu pagi.


Macam kiteorang hari tu pilih duduk dekat dalam dan pemandangan disebalik cermin kaca tu sawah padi. Memang sangat cantik, nieyl suka suasana macam ni..


Ini antara menu breakfast yang kitaorang order. Bila masing-masing dah pilih english breakfast, jadi nieyl pilih menu melayu la biar kena dengan sawah padi ala kampung ni..hehehe..

Meh zoom sikit menu kuah lodeh yang nieyl order tu. Ha..mcnie lah rupa dia ada udang 3 ekor. So far, sedap makanan dia. Nieyl suka..semua makanan yang kitaorang order sedap dan habis licin ya.. hehehe
Alhamdulillah..
Hihihi..malu nak tunjuk mukaa, sebab banyak sangat dah tayang muka yang super bambam sekarang ni haha,kita simpan sorok sikit pipi pau tu ya hahaha..

So, kalau sesiapa yang pergi ke Penang tu, nak feeling-feeling kampung tepi sawah padi ni, korang wajib datang sini okay, datang awal laa boleh ambil gambar banyak-banyak..Nak lagi cantik pergi musim sawah hijau tau..baru cantikkk....

















 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)