Jeruk Pak Ali Seberang jaya | Ini satu lagi tempat wajib yang nieyl akan singgah sebelum balik KL. Ala korang pun kalau pergi penang tu, mesti akan beli jeruk pak ali ni kan. Sebab dah memang sinonim dah kalau pergi Penang, Jeruk Pak Ali. Hebat kan.. So, nieyl suka beli Jeruk Pak Ali di Seberang Jaya betul-betul tepi jalan menghala ke Highway.
Mula-mula ambil bakul kecil tapi lepas tu ish, ambil besar teruslah sebabnya beli Jeruk macam beli ikan dekat pasar borong ya sis. Nieyl beli banyak Jeruk untuk nieyl bagi semua adik beradik dan untuk bos nieyl.
Jeruk mix ni yang banyak nieyl beli untuk family. Lepas tu adalah jeruk-jeruk lain yang nieyl beli dan juga rempeyek. Oh ye, nieyl suka Jeruk Pak Ali sekarang ni, sebab dia dah kurangkan sikit rasa cuka jeruk tu. Kalau dulu tu rasa cuka jeruk dia tu kuat sampai tak boleh makan lebih nanti sakit tekak, sekarang ni serius lebih sedappp..
Dah-dah kena balik, nampak tu bos besar tolong bawakan 2 plastik jeruk bini dia borong sampai kena perli lah tak nak bawa kedai balik KL ke hahaha..Singgah jeruk Pak Ali adalah destinasi terakhir dan kita gerak balik KL, dan sampai rumah pukul9 malam..Alhamdulillah...
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)