Chopsticks Pink Dah Sampai | Lama tak update pasal raisya dalam blog. Minggu lepas dia datang rumah nieyl, dia tanya bila nak belikan chopsticks. Actually dah lama dah dia minta tapi nieyl asyik terlupa je nak order. Masa dia tanya tu terus nieyl orderkan, ikutlah yang dia suka. Bila dah order tu, dia tanya bila dia sampai, nieyl cakap hari jumaat tapi sebenarnya hari khamis dah boleh sampai dah, tapi dekat raisya ni tak leh berjanji, nanti dia akan tuntut dan tunggu hahaha.
Hari khamis barang sampai, terus panggil dia datang rumah. Suruh dia buka sebab barang dia kan. Bukan main suka dia dapat chopstick pink hello kitty tu..semua nak disepitnya..
Tengoklah video yang sempat nieyl record hari tu, dia belajar sepit harta karun dia lepas tu dia cakap nak makan nasi pakai chopstick lah, nieyl cakap bulan depan baru kenyang kalau makan chopstick tu sebutir, sebutir ko sepit dik hahaha.
Wahhh..Lepas ni boleh la gi kedai mkn korea =D
ReplyDeletecomel lah Raisya tambah2 dgn chopstick pink hello kitty tu! sama lah mcm anak sedara ana pun tak blh berjanji, nti diorang berzikir kat tepi telinga selagi tak dpt hehehe
ReplyDeletehahahah biar dia sepit nasi tu sebutir2...baru dia tau apa itu ertinya derita
ReplyDelete