12 March, 2025

Menu Berbuka Puasa

Menu Berbuka Puasa | Bila dah masuk pukul11 pagi, mulalah sel-sel otak ni berhubung mencari idea-idea menu berbuka puasa. Amboi..kalau tengok dekat media sosial bukan main semua share resepi KA..ada yang jadi, ada yang tak jadi.. Tahun ni nieyl belum lagi try mana-mana resepi KA, sebab masih ada idea lagi nak masak apa untuk berbuka. Karang kalau dah kebuntuan, bolehlah belek KA punya Tiktok tu hehehe. 

Hari ni nieyl nak share menu berbuka nieyl untuk hari ke 5 ( gambar atas) . Bila puasa ni tekak auto teringin itu teringin ini. Kali ni nieyl buat rendang ayam, nasi impit dah macam raya rasanya hehehe. Lepas tu, husband ada beli sikit muih muih. Simple je menu berbuka sebab tak boleh nak makan banyak pun.


Untuk Ramadhan 6 pula, kebetulan mak nieyl masakkan kari ikan petang tu, balik kerja nieyl gorengkan ayam, ikan masin dan macam biasa nieyl tak nak makan nasi masa berbuka nieyl panaskan roti pratha je untuk makan dengan kari ikan. Alhamdulillah...

 

3 comments:

  1. Cie buat menu seminggu. Malas nak fikir hari2 nak masak apa. Bulan puasa ni otak tak function sangat. Hahaha

    ReplyDelete
  2. baru puasa ke 5 dah merendang...hihihi....awal tu

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)