12 March, 2025

Me Time Sempena Women's Day

 

Me Time Sempena Women's Day | Tanggal 8 Mac merupakan hari wanita sedunia. Jadi nieyl mengambil kesempatan pada esok harinya untuk ber Me Time . Kali ini nieyl pilih untuk buat Manicure Pedicure . Ini kira first time nieyl pergi buat selama hidup ni ni tau hahaha. Tempat yang nieyl pergi ni actually anak buah nieyl yang tunang tu lah rekemen, sebab dia dah pernah buat dekat situ sebelum ni. Dan dia cakap area situ memang murah dan banyak pilihan cumanyaaa Shopping Mall hidup segan mati tak mahu je..hahaha..hanya 1 level ini sahaja yang hidup, riuh dengan orang. 

Nieyl buat di Mall Galaxy Ampang, mungkin ada korang yang pernah dengar, or pernah pergi. Perjalanan dari rumah nieyl tu lebih kurang 30-45minit kalau tak jem. Actually, level yang nieyl nak buat mani pedi ni, level tu semua kedai mani pedi dan kedai urut..Tak ada kedai lain. Bila masuk je level tu, setiap langkah tu akan ada orang kedai cakap "nak buat mani pedi, murah..murah" itu je ayat yang korang akan dengar..sampailah korang masuk kedai yang korang pilih ..

Macam nieyl pergi tu tak pening sangat nak pilih sebab anak buah nieyl bawa dekat kedai yang dia pergi dulu. 

Ok ini kedai yang nieyl pergi, masa snap gambar ni dah selesai semua dah. Masa ni dah ramai orang masuk dah, sebab masa nieyl buat hanya ada nieyl , kakak ngan anak buah nieyl je. So, memang santai. Masuk dan duduk staf akan bagi catalog untuk kita pilih pakej yang kita nak buat. Macam nieyl, nieyl ambil Manicure, Pedicure, scrub dan remove dead skin..Total RM70 sahaja. Ini kalau dekat Mall lain dah seratus lebih dah rasanya.

First sekali dia akan suruh kita rendam kaki kita dalam air suam tujuan dia untuk lembutkan kulit tapak kaki tu. 
Sambil-sambil tu dia start untuk buat kuku tangan dulu. Dia bersihkan, potong dan bentukkan kuku kita dan buang kotoran di kuku kita. Lepas tu dia kilatkan kuku kita sampai nieyl rasa alamak, berkilat betul kuku ni hahaha.. Last sekali untuk bahagian tangan dia akan urut-urut sikit tangan kita tu. Tapi memang best, dia buat dengan sangat teliti , dua belah tangan ni ambil masa untuk siapkan lebih kurang 30 minit juga. 

Lepas tangan dah selesai, dia beralih ke kaki pula. Untuk kaki dia akan kikis kulit mati dekat tapak kaki kita terutamanya bahagian tumit yang merekah tu. kemudian baru dia beralih ke kuku kaki sama juga dia buat macam kuku tangan. 

Hasilnya kan nieyl memang puas hati dengan staf kedai ni tau, dia buat sampai kita puas hati. Nieyl memang love la, tumit kaki nieyl licin dan lembut je. Nieyl memang puas hati, kalau ada rezeki nanti nak pergi lagi kedai ni..murah dan puas hati.

Korang pernah buat Mani Pedi ni tak?kalau tak pernah try la sekali..best..ala..tak yah cari yang mahal-mahal, yang murah pun hasil dia mantop ...

 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)