17 March, 2025

Menu Berbuka Puasa


Menu Berbuka Puasa | Hari ini sudah Ramadhan ke 17 kan, dah separuh bulan dah rupanya kita berpuasa. Alhamdulillah, nieyl masih berjaya menahan diri untuk menjejakkan kaki ke bazaar ramadhan tahun ni setakat hari ini. Boleh dikata setiap hari nieyl balik kerja awal, terus masuk dapur untuk siapkan juadah berbuka. Nieyl pun dah tak ingat yang atas ni juadah berbuka ramadhan ke berapa. Tak apalah nieyl share jela ya.. 

Nieyl teringin nak makan ayam baker Cottage,jadi nieyl beli 2 ekor dan potong-potong bagi pada jiran-jiran sepinggan. Lepas tu abg nieyl ada bagi murtabak dan nieyl goreng sayur dan ikan masin je. Itupun kenyang makan ayam sahaja. 



Other day tu nieyl teringin nak makan kuey teow goreng gerang. Pergi pasar beli kerang sekilo RM14, lepas tu husband pula nak makan sotong sambal. Biasanya kalau weekend nieyl akan masak extra sikit sebab banyak masa dekat dapur. Kuih muih biasanya abang-abang nieyl beli bagi dekat rumah. Husband pulak kalau dia rasa teringin nak makan apa-apa dia akan pergi bazaar, tapi nieyl tak suka kalau dia pergi sebab dia akan beli makanan banyak ,kang tak ada siapa yang makan. 

Korang kalau nak tahu, kuey teow gorang tu nieyl first time masak hahaha..nieyl memang tak berapa pandai sangat masak kuey teow sebab takut hancur ataupun lembik . Tapi Alhamdulillah..menjadii hehehe..

 

3 comments:

  1. Ayam bakers cottage paling senang kalo tiba2 x tahu nak makan apa...or ada orang nak datang rumah tiba2...

    ReplyDelete
  2. Akak baru bercadang nak beli ayam bakers cottage ni....hari ni kita baru 16 Ramadhan kan?esok baru 17 kalau x salah

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)