17 March, 2025

Birthday Gift

Birthday Gift | Tahun ni birthday nieyl jatuh pada 1 Ramadhan jadi tiada sambut atau pergi makan-makan pun just banyak wish dari kawan2, bos2,kakak2 yang mengenali diri ini. Tahun ni naik lagi satu nombor,tapi jiwa masih muda remaja lagi hehehe. 

Minggu lepas syida wasap masa tu dah kemas-kemas dah nak balik, dia minta singgah tempat dia sebab dia nak bagi barang. Rupanya dia nak bagi gift birthday, dia kata maaf lambat sebab yela awal-awal ramadhan kan sibuk untuk urusan puasa. Tak apa, dah wish pun dah bersyukur orang ingat dekat kita..Selebihnya tu rezeki. Syida bagi nieyl tudung bawal warna purple. Tengah cari baju yang sesuai untuk pakai tudung ni. 

Pada hari yang sama juga, ada seorang pegawai tapi pangkat adik-adik nieyl ni dia wasap dia cakap dia ada order grab untuk nieyl. Nieyl pun terkejut, lorh..apa pula la yang dia grabkan tu sebab masa tu dia dekat KL. 

Dia grabkan sekotak hakkaido untuk nieyl. Pagi tu kebetulan dia minta tolong nieyl dapatkan sign bos nieyl, urgent untuk permohonan waran udara untuk balik sabah raya nanti. Kewangan nak borang tu hari tu juga, yang dia pula dekat KL, jadi nieyl tolong ikhlas sampai nieyl hantar sendiri borang dekat kewangan. Tup-tup dia kata nak balas jasa nieyl. aduhai budak ni...banyak pula tu jadi nieyl cakap dengan dia, nieyl anggap ini sebahagian dari birthday gift la..hehehe...


Dalam 3 jenis cheese tart ni kan, nieyl paling suka onde-onde memang rasa dia macam kita makan onde-onde tu tau. sedap..Terima kasih pada mereka yang tak pernah lupa dekat nieyl..semoga mereka juga dimurahkan rezeki selalu..Amin


 

1 comment:

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)