Showing posts with label happy birthday nieyl. Show all posts
Showing posts with label happy birthday nieyl. Show all posts

03 March, 2026

Dapat Surprise Birthday

by on March 03, 2026

 

Dapat Surprise Birthday | Semalam petang rasanya lagi 30 min nak kemas untuk balik, ada orang call , dia kata Grab nak hantar barang. Dalam hati rasanya tak ada beli apa-apa pun tapi nieyl turun je dekat lobi tu sebab kesian orang grab tunggu. Sekali tu ada satu bouquet buah bereben, ha,,sudah siapa pula yang kasi ni ..Nieyl tak buka pun kad tu sampai dekat bilik baru nieyl buka. 

Rupa-rupanya budak dua orang tu si Afika dengan si Syida. baru teringat pukul10 lebih tu syida whatsapp tanya nieyl cuti ke?bos nieyl ada tak..Masa tu memang tak terfikir pun sebab dia tanya bos nieyl dah balik ke belum dari umrah. Ha..sampai situ je..lepas tu kita buat kerja masing-masing... Pandi betul budak dua ni.. Afika still dekat batu pahat sana kerja..

Selfie semalam nieyl dah nak balik, syida baru habis meeting dan afika baru balik dari klinik sebab batuk-batuk. Lama tak lepak-lepak denganm dieorang. Nieyl cakap umur nieyl 38 tahun, syida kata tak nampak macam 38 tahun langsung, minta tips pula budak ni..hahaha..
Thanks Ai sebab buatkan gambar yang sungguh cantik dan sangat bermakna walaupun realitinya afika jauhh sana tu. Bilalah nak pergi travel lagi ni..

Selain itu, lepas solat zohor tengok atas meja ada paperbag berisi puding caramel dari kak kin.. Sweet betullah kak kin ni..♥
Ada lagi sweet ni , tahu-tahu dapat notification birthday gift dari Zus..Thank you biras a.k.a bff nieyl lagi gift..Nanti kita redeem ya..
Lepas solat maghrib, tengok telefon ada lagi terima notification Zus, kali ni dari adik PA ofis.. Thank you balqis..nantilah lepas raya nanti kita g makan-makan insyaÁllah..Inilah nasib birthday jatuh bulan puasa kan ..semua kena tunda dulu...

Bukan hadiah yang dibilangkan, tapi doa-doa yang baik dari orang keliling yang menjadi harapan. Semoga Allah sentiasa membalas apa sahaja kebaikan kita pada orang lain juga. Terima kasih semua yang wish birhtday nieyl semalam..Semoga apa sahaja yang korang doakan untuk nieyl, nieyl kembalikan doa yang sama untuk kalian semua...Aminnn....

02 March, 2026

Happy Birthday To Me

by on March 02, 2026

Syukur Ya Allah

Alhamdulillah, bertambah lagi usia, bertambah lagi peluang untuk jadi versi diri yang lebih baik. Terima kasih ya Allah untuk setiap nikmat, ujian, tawa dan air mata yang mematangkan jiwa.

Semoga diri ini terus kuat, tenang, dan bahagia.
Semoga impian yang disimpan satu per satu menjadi nyata.
Dan semoga hati ini sentiasa cukup — dengan syukur, dengan cinta, dengan reda.

Selamat ulang tahun untuk diri sendiri. You’ve done well, and you’re still growing 🌷💛

17 March, 2025

Birthday Gift

by on March 17, 2025

Birthday Gift | Tahun ni birthday nieyl jatuh pada 1 Ramadhan jadi tiada sambut atau pergi makan-makan pun just banyak wish dari kawan2, bos2,kakak2 yang mengenali diri ini. Tahun ni naik lagi satu nombor,tapi jiwa masih muda remaja lagi hehehe. 

Minggu lepas syida wasap masa tu dah kemas-kemas dah nak balik, dia minta singgah tempat dia sebab dia nak bagi barang. Rupanya dia nak bagi gift birthday, dia kata maaf lambat sebab yela awal-awal ramadhan kan sibuk untuk urusan puasa. Tak apa, dah wish pun dah bersyukur orang ingat dekat kita..Selebihnya tu rezeki. Syida bagi nieyl tudung bawal warna purple. Tengah cari baju yang sesuai untuk pakai tudung ni. 

Pada hari yang sama juga, ada seorang pegawai tapi pangkat adik-adik nieyl ni dia wasap dia cakap dia ada order grab untuk nieyl. Nieyl pun terkejut, lorh..apa pula la yang dia grabkan tu sebab masa tu dia dekat KL. 

Dia grabkan sekotak hakkaido untuk nieyl. Pagi tu kebetulan dia minta tolong nieyl dapatkan sign bos nieyl, urgent untuk permohonan waran udara untuk balik sabah raya nanti. Kewangan nak borang tu hari tu juga, yang dia pula dekat KL, jadi nieyl tolong ikhlas sampai nieyl hantar sendiri borang dekat kewangan. Tup-tup dia kata nak balas jasa nieyl. aduhai budak ni...banyak pula tu jadi nieyl cakap dengan dia, nieyl anggap ini sebahagian dari birthday gift la..hehehe...


Dalam 3 jenis cheese tart ni kan, nieyl paling suka onde-onde memang rasa dia macam kita makan onde-onde tu tau. sedap..Terima kasih pada mereka yang tak pernah lupa dekat nieyl..semoga mereka juga dimurahkan rezeki selalu..Amin


 

28 March, 2018

Celebrate Birthday Ramai-ramai

by on March 28, 2018
Niat di hati sebenarnya nak pergi celebrate birthday kakak nieyl, memag setiap tahun abg ipar nieyl akan spend masa untuk celebrate birthday kakak bersama keluarga belah abg ipar nieyl. Husband nieyl dengan keluarga belah abg ipar nieyl memang dah semakin akrab so. dah macam family besar. So, memang tak ada rasa kekok pun dalam majlis tu..


Nampak tak 3 ketul kek sekali nak potong, selain nak celebrate birthday kakak, kita sambut sekali bersama mereka yang lahir bulan MARCH...termasuklah nieyl kekeke...so sweet lah dieorg ni...


Rasanya lebih dari 10 set hidangan menu yg sama macam dekat atas ni..untuk 4 orang makan. Rezeki jangan di tolak tapi diet makan kena skip hari tersebut..ish..nasib baiklah sehari je...kemudian hari jumaat pergi bakar lemak dekat gym..


Inilah kakak nieyl yang sekarang ni paling rapat dengan nieyl selepas arwah kakak yang sulung. Nieyl ada seorang lagi kakak rapat juga tapi tak serapat macam kakak yang ini..susah senang nieyl akan cari dia..kata mak, kalau mak xde nanti...kakak ni lah yang akan jadi mak nieyl...

* nieyl susah sikit nak up entry minggu ni dan next week sebab kena cover tempat PA Pengarah..

07 March, 2017

Terkejut i tau

by on March 07, 2017
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 



Happy birthday Nieyl | birthday nieyl dah lepas dah pun last week, tapi semalam nieyl dapat hadiah kek dari seorang hamba Allah ni yang sentiasa berada di belakang nieyl, kawan sembang, kawan bergosip, kawan segala kawan la, seorang kakak yang sangat baik dan sangat mudah didekati.. Actually,di sebabkan dia sibuk dengan kerja dia, dia terlupa birthday nieyl..so, semalam dia minta maaf dan bagi kek dekat nieyl.. so sweet kan dia...setiap tahun dia bagi hadiah..Alhamdulillah.. semoga dia juga terus dimurahkan rezeki dan diketemukan jodoh yang baik² InsyaÁllah..Ameen...
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

03 March, 2016

Group Whatsapp Wish Birthday

by on March 03, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Terima kasih sebab masih ada yang wish belated birthday hari ini. Terima kasih atas segala doa yang baik² untuk birthday girl :). Meh nak belanja video birthday girl.. please jangan kecam yea...

Alhamdulillah, kalau zaman dedulu..orang wish birthday guna SMS siapa ada gambar macam kat bawah nie...betul tak?time tu rasa wahhhh kreatifnya...

♪ღ♪*•.¸¸¸.•*¨¨*•.¸¸¸.•*•♪ღ♪¸.•*¨¨*•.¸¸¸.•*•♪ღ♪•*
♪ღ♪░H░A░P░P░Y░ B░I░R░T░H░D░A░Y░░♪ღ♪
*•♪ღ♪*•.¸¸¸.•*¨¨*•.¸¸¸.•*•♪¸.•*¨¨*•.¸¸¸.•*•♪ღ♪•« 

✄╔╗─╔╗╔═══╗╔═══╗╔═══╗╔╗──╔╗
✄║║─║║║╔═╗║║╔═╗║║╔═╗║║╚╗╔╝║
✄║╚═╝║║║─║║║╚═╝║║╚═╝║╚╗╚╝╔╝
✄║╔═╗║║╚═╝║║╔══╝║╔══╝─╚╗╔╝
✄║║─║║║╔═╗║║║───║║─────║║
✄╚╝─╚╝╚╝─╚╝╚╝───╚╝─────╚╝
╔══╗─╔══╗╔═══╗╔════╗╔╗─╔╗╔═══╗╔═══╗╔╗──╔╗
║╔╗║─╚╣╠╝║╔═╗║║╔╗╔╗║║║─║║╚╗╔╗║║╔═╗║║╚╗╔╝║
║╚╝╚╗─║║─║╚═╝║╚╝║║╚╝║╚═╝║─║║║║║║─║║╚╗╚╝╔╝
║╔═╗║─║║─║╔╗╔╝──║║──║╔═╗║─║║║║║╚═╝║─╚╗╔╝
║╚═╝║╔╣╠╗║║║╚╗──║║──║║─║║╔╝╚╝║║╔═╗║──║║
╚═══╝╚══╝╚╝╚═╝──╚╝──╚╝─╚╝╚═══╝╚╝─╚╝──╚╝

 tapi dengan kecanggihan teknologi, smartphone...semua orang wish guna whatsapp :) sebab free dan cepat janji ada internet or wifi kan.. Okey antara wish yang nieyl terima semalam dari pelbagai group whatsapp :)

Ini group office ( dah dekat 7 thn kami bersama)
walaupun hanya 4 saje bilangan ahli nya..akrab sgt bagaikan keluarga...
kerana kami berkongsi nasib yang sama :)

Ini group yang aktif untuk supporter Izreen :)
terlalu ramai sgt dlm nie..sampai ada yg x kenal..hihi..
tapi mereka sgt support each other :)

Yg ini group family en.husband :)
bergurau senda semua dalam nie...:)
Ini group jiran rumah MIL..
anak,menantu semua ada dlm nie...:)
tapi perempuan sahaja..adalah dalam 6 7 jiran MIL..
seronok kdg² tgk mak² nie berwassap..
kalau nak buat plan makan²..ha..group nie paling aktif :)

ini group yg baru tak baru laaa...
time first di tubuhkan memang dah tersenarai da dlm list..hihi..
walaupun hanya seorang je blogger dalam nie yang nieyl jumpa..
tapi in group semuanya baik² belaka...berkongsi rezeki bersama :)

So far, hanya group yang aktif je nieyl stay..
kalau yang senyap sunyi tu memang dah lama exit dah.. :)

Terima Kasih atas ucapan semua :)

#happybirthdaynieyl
#nieylanadiaturns28
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

02 March, 2016

Happy Birthday To Me

by on March 02, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Syukur Alhamdulillah..
hari ini genap umur 28 tahun...
jangan tanya kenapa nampak lebih muda dr usia nya (hihihi..perasan)
Kepada yang follow nieyl di Personal FB..
ramai juga yang wish...
TQ so much...hari ni tak sempat nak update tentang birthday...
insyaÁllah esok kita story okey...

*masih membalas setiap ucapan dan doa yang wish di fb,di whatsapp..

Kot² lah ada yang nak wish juga lepas baca entry nie..
boleh wish kat page nie...  KLIK SINI

atau

boleh wish di laman sosial nieyl..
Instagram : nieylanadia
twitter : nieylanadia

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png