02 August, 2023

Suka Brisk Walk dan Jogging


Suka Brisk Walk dan Jogging | Sejak - sejak umur dah masuk 35 tahun ni,hari cuti dipenuhi dengan aktiviti brisk walk. Kalau sebelum-sebelum ni hari sabtu nieyl akan bangun pagi, kemas rumah, cuci kain, sidai kain , masak, teengok tv, tidur ha..itu la rutin hari sabtu tapi sejak suka brisk walk ni nieyl akan spend 1 hour 30 minute, start pukul7 sampai 8.30 untuk brisk walk, tak lama pun dapat keluarkan peluh awal pagi sebelum matahari terbit. Memula nak mulakan tu kan rasa macam satu beban tau sebab kena bangan awal pagi, lama-lama kan bila benda tu dah jadi rutin automatik kau takkan rasa beban dah..love it♥

Tempat pilihan nieyl brisk walk area Cyberjaya dan Putrajaya. Selalu nieyl akan selang seli tukar-tukar supaya tak boring asyik pemandangan yang sama je. Kalau di Cyberjaya tu pemandangan tasik buatan , pokok-pokok hijau dan kita boleh cuci mata tengok design rumah orang-orang kaya dekat situ. Cantik-cantik semuanya. Kalau brisk walk dengan putrajaya dia lebih kepada Tasik putrajaya dan bangunan-bangunan kerajaan. So far, dua-dua tempat ni best je kalau nak brisk walk dengan family.

Kalau brisk walk dekat Cyberjaya, nieyl memang wajib snap gambar kepuasan dekat lorong-lorong perjalan kaki ni sebab cantik sangatkan. Walaupun ada yang kata ala brisk walk je pun, eh..suka hati kita la nak brisk walk ke apa, yang penting kita ada kesedaran nak jaga kesihatan okay..awok tu bila nak start?

3 comments:

  1. yezzaa...sama la kita Nieyl. Kak Ayu pun, suka aktiviti yg light2 mcm ni...
    alhamdulillah... dah setahun amalkan walaupun x every day but better la dr dulu yg x de kesedaran betapa pentingkan exercise mcm ni kan...sama2 la kita... kannn

    ReplyDelete
  2. rajin tau nieyl ni..cik nor kluar pluh buat kerja rumah jer..:)

    ReplyDelete
  3. Insaf kejap...bila la akak nak brisk walk or slow jog ni...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)