08 August, 2023

Buah- Buahan Dari Cameron Highlands

Buah- Buahan Dari Cameron Highlands | Kali ni bukan nieyl yang pergi cameron tapi kakak nieyl dengan anak-anak dia. Tapi biasalah kalau dia pergi dia memang akan beli buah-buahan untuk bawa turun. Dah bertahun dah nieyl tak pergi cameron highland rasanya last nieyl pergi masa anniversary yang pertama tahun 2013, lama dah kan.. 

Sekarang ni kalau nak pergi mana-mana nieyl lebih suka pergi dengan kawan-kawan hahaha...sebab husband nieyl ni sibuk memanjang,kalau nak rancang short vacay pun susah..adoilah..Tapi kalau nieyl pergi dengan kawan-kawan dia izinkan je, sebab dia tahu wife dia suka berjalan, nieyl je kadang-kadang malas nak keluar. Sebab nak keluar ni kena ikut mood..

Anggur hijau ni sedap tak masam, manis...

Ini jagung manis tapi tak berapa nak manis la mungkin sebab cuaca panas kot..

first time nieyl makan jagung susu, betul-betul rasa susu rupanya.. hehe

Nieyl kalau pergi cameron suka beli keledek manis tu bawa balik, tak tahu kenapa suka sangat makan keledek tu dari dulu sampai sekarang, jadi sesiapa yang pergi cameron tu nieyl memang suka kirim. Korang last pergi cameron tu agak-agaknya bila?

4 comments:

  1. love sgt fruits from cameron semua sedap2 but nak pegi sana tu mencinta sbb jam sana sini

    ReplyDelete
  2. Pernah makan jagung kat CH ni. Manis rasanya. Buat cucur jagung sampai ada yang craving cucur jagung ni.

    ReplyDelete
  3. cameron tmpt feberet ciknur he hee tak jemu dtg sini walau jemmm
    haruslah kan buah2 sana sedap2 freshh, terutama jagung dan strawbery tu

    ReplyDelete
  4. Jagung dgn ubi benda wajib selain strawberry kalau pulang dari Cameroon Highlands..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)